Kenyataan Media YB V.Sivakumar, Timbalan Pengerusi DAP Perak, ADUN Tronoh pada 20/12/2011 di Ipoh.
SJKT Menglembu : Jangan Memberi Janji Kosong Lagi

Dato Veerasinggam juga berkata bahawa MIC adalah parti politik yang menjaga sekolah-sekolah Tamil di negara ini. Adakah ini benar? Selepas zaman kolonial British, negara kita mempunyai lebih daripada 1000 sekolah Tamil di merata tempat. Kini, tinggal hanya 523 sekolah tamil di negara kita. Di mana perginya lebih kurang 500 buah sekolah Tamil dalam tempoh 50 tahun. Inilah pencapaian MIC yang dibanggakan oleh MIC dan Dato Veerasinggam.
Berapakah sekolah Tamil baru yang telah dibina oleh MIC selepas kemerdekaan? Kenapakah lesen-lesen sekolah Tamil yang ditutup tidak digunakan untuk membina sekolah-sekolah Tamil yang baru di negara ini. Kalau ditanya tentang perkara ini, pelbagai alasan yang tidak munasabah diberikan oleh MIC. Akhirnya MIC telah menjadikan masyarakat India sebagai pengemis kepada kerajaan. Kita terpaksa tunggu bertahun-tahun lamanya untuk kerja-kerja baik pulih di sekolah-sekolah Tamil yang sedia ada. Sedangkan, kerajaan ini boleh membuang berjuta-juta ringgit dalam projek-projek gajah putih yang tidak berfaedah kepada rakyat. MIC sepatutnya berasa malu kerana kegagalan mereka menjaga sekolah-sekolah Tamil di negara ini. Tetapi, pemimpin-pemimpin MIC pula berasa bangga dengan pencapaian yang merosot ini.
Jika benar kerajaan serius untuk membina bangunan baru untuk SJKT Menglembu, Dato Veerasinggan harus meenjawab beberapa persoalan dengan serta-merta :
1) Sudahkan Kerajaan Persekutuan meluluskan wang peruntukan untuk membina SJKT Menglembu secara khususnya?
2) Berapakah jumlah wang telah diperuntukan untuk membina sekolah tersebut?
3) Bilakah kerja-kerja pembinaan akan dimulakan?
4) Bilakah bangunan baru dijangka siap dibina?
5) Apakah struktur baru yang dirancang untuk bangunan baru sekolah tersebut.
Dato Veerasingam harus menjawab soalan-soalan ini dan bukannya memberi janji kosong dengan berkata ‘ bangunan akan dibina tidak lama lagi’, ‘MIC menjaga sekolah Tamil’, dan macam-macam alasan lain untuk melarikan diri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan