Soalan-soalan Lisan dan Bertulis oleh
YB Dato’Seri Ir. Haji Mohammad Nizar bin Jamaluddin,S.P.M.P,
ADUN Pasir Panjang (PAS)
Bagi Mesyuarat Pertama Penggal Ke-4 Dewan Negeri
Yang Ke-12 Perak Darul Ridzuan Mulai 12 April 2011
1. KENAPAKAH SEBUAH KILANG HARAM MEMPROSES TAHI AYAM DIBENARKAN BEROPERASI DI BT 14 TRONG YG MENCEMARKAN ALAM SEKITAR SERTA SEBUAH SUNGAI BERSEBELAHAN?
2. KENAPA KERAJAAN MEMBENARKAN BINAAN KIOSK PERNIAGAAN KEKAL DIATAS PANTAI TELUK NIPAH, PANGKOR SERTA BERAPAKAH KOS PEMBINAAN DAN SIAPA KONTRAKTOR BINAAN?
3. BERAPAKAH KETINGGIAN DAN KOS BINAAN LOGO 1MALAYSIA DI JETI PANGKOR?
4. APAKAH STATUS PERISTIWA 2 ORANG PEMUDA MELAYU YANG TERBUNUH DLM KEJADIAN BANGUNAN RUNTUH DI FAIRPARK PADA 2 OKTOBER 2009 DAN TINDAKAN KEATAS MEREKA YANG BERTANGGUNGJAWAB, DBI ATAU KONTRAKTOR?
5. SIAPA DAN JABATAN MANA YG DIMAKSUDKAN OLEH PENGERUSI PAC YG BERBELANJA MEMBELI BARANGAN YG TIDAK MENGIKUT SPESIFIKASI MELAMPAUI HARGA PASARAN DAN BERAPAKAH KOS YG DIBAYAR UTK BARANGAN APA .SILA RUJUK UTUSAN MSIA 15 MAC 2011?
6. SENARAIKAN PBT SERTA JUMLAH HUTANG YG MASIH TERTUNGGAK DGN KERAJAAN UTK TAHUN 2010. APAKAH TINDAKAN PBT YANG MASIH TIDAK MAMPU MENGUTIP TUNGGAKAN HASIL/CUKAI DIDAERAH MASING-MASING?
7. KENAPA YAB MB TIDAK BERMOHON MAAF DI ATAS UPACARA KHURAFAT YG DIBUATNYA DIGUAR MANONG PD 16 OKTOBER 2010 LALU DAN ADAKAH UPACARA TERSEBUT DIBENARKAN OLEH AQEEDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH?
8. NYATAKAN STATUS SERTA KEBENARAN KHABARAN YANG MELIBATKAN SEORANG EXCO KANAN KERAJAAN YG SEDANG DISIASAT OLEH SPRM KERANA RASUAH DGN KEHIDUPAN MEWAH SETELAH RAMPASAN KUASA . ADAKAH MB BERHASRAT MENDEDAHKAN HARTA SEMUA WAKIL RAKYAT KHUSUSNYA AHLI MMK?
http://malaysiandotcom.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan