Selasa, 8 Mac 2011
LAWATAN KE PASAR BATU GAJAH
Pagi tadi, telah membuat satu lawatan ke Pasar Batu Gajah, untuk berjumpa dengan pegerai-pegerai dan juga orang awam yang datang membeli-belah di pasar ini.
Pada masa yang sama, telah mengunjungi pegerai-pegerai daging khinzir yang berniaga di sini.
Pada tahun 2010, aduan telah diterima daripada pegerai-pegerai daging khinzir mengenai kerosakan tingkap dan cermin-cermin yang telah pecah.Di sekeliling pasar pula ditutupi dengan kepingan-kepingan zink sebagai ‘dinding’, yang juga kelihatan dalam keadaan amat buruk.
Kedua-dua aduan ini telah dibawa ke Majlis Daerah Batu Gajah.
Selepas beberapa kali membangkitkan isu ini, akhirnya tindakan telah diambil oleh pihak Majlis Daerah Batu Gajah.
MDBG telah merobohkan zink-zink itu dan naikkan dinding bata yang lebih kemas dan teguh. Cermin-cermin yang pecah tidak digantikan, tetapi tingkap-tingkap yang rosak telah dipasang dengan dawai jaring.
Pegerai-pegerai berasa puashati dengan tindakan penyelesaian.
Walaubagaimanapun, mereka sarankan bahawa kajang (awning) dipasangkan pada satu bahagian dinding pasar tersebut. Ini adalah oleh kerana tiada penghadang atau gelas pada tingkap-tingkap ini. Ia menyebabkan kerosakan hartabenda seperti peti sejuk dan sebagainya. Oleh itu, dengan pemasangan kajang, masalah ini boleh diatasi.
Lawatan juga telah dibuat ke gerai-gerai menjual ayam, sayur, ikan dan juga ke lain-lain gerai makanan di sekeliling Pasar Batu Gajah.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan