Isnin, 14 Mac 2011

TUNGGU SEUMUR HIDUP UNTUK KAD PENGENALAN BIRU


Puan Hew Tai yang berumur 69 tahun dilahirkan di Sungai Tinggi, Kuala Selangor. Ibunya seorang penoreh getah. Beliau diahirkan di rumah. Kedua ibubapanya adalah warganegara Malaysia. Oleh kerana Puan Hew Tai telah dilahirkan di rumah sebab atas alasan-alasan tertentu, ibubapanya gagal mengambil surat lahir ketika itu. Ini telah menjadi satu masalah sehingga beliau telah diberikan kad pengenalan merah, walaupun beliau dilahirkan di Malaysia. Beliau masih memiliki kad pengenalan merah yang beliau terpaksa mengharungi pelbagai rintangan dalam hidupnya.

Suaminya yang berumur 73 tahun juga merupakan seorang warganegara yang memiliki kad pengenalan biru. Atas kesedaran beliau mengenai masalah kad pengenalan meraH, beliau telah memohon kad pengenalan biru pada tahun 1980. Kini sudah 31 tahun, masih tidak lagi dapat melihat wajahnya dalam kad pengenalan biru sebagai warganegara Malaysia yang sah.

Berpuluh kali beliau telah naik turun ke pejabat JPN tetapi beliau masih menunggu untuk menukar statusnya sebagai warganegara Malaysia. Beliau juga telah membelanjakan banyak wang untuk tujuan yang sama. Pernah membayar RM300 sebanyak tiga kali, tetapi tiada hasilnya. Pada tahun 2009, akhirnya beliau telah menerima surat kelulusan untuk permohonan beliau. Sudah 2 tahun birokrasi JPN masih menggagalkan beliau untuk mendapatkan kad pengenalan. Masih lagi beliau terpaksa turun naik JPN untuk menyelesaikan masalah ini.

Perkara ini telah dibawa ke perhatian saya dan pasangan suami isteri itu telah dibawa ke JPN Perak untuk menguruskan segala prosedur dan menyerahkan semua dokumen-dokumen buat kali terakhir. Pegawai JPN menjanjikan bahawa Putrajaya akan mengeluarkan kad pengenalan dalam tempoh 2 hingga 6 bulan.

Birokrasi keterlaluan akan mengakibatkan pelanggan JPN terpaksa menunggu untuk satu tempoh yang terlalu lama sehingga membazirkan usia muda yang produktif. Oleh itu, pihak berkuasa seharusnya lebih prihatin untuk menyelesaikan masalah rakyat dalam tempoh yang paling singkat supaya menyenangkan semua pihak yang terlibat.

Tiada ulasan:

Catat Komen