Jumaat, 25 Mac 2011

SIDANG DEWAN NEGERI PERAK KE-12

Soalan-soalan Lisan dan Bertulis oleh

YB Nga Kor Ming, ADUN Pantai Remis (DAP)

Bagi Mesyuarat Pertama Penggal Ke4

Dewan Negeri Yang Ke-12 Perak Darul Ridzuan

Mulai 12 April 2011


Soalan Bertulis:

1. Sila senaraikan secara terperinci satu per satu perbelanjaan yang dilakukan oleh peruntukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) disemua 59 kawasan undangan Negeri untuk tahun 2009 dan 2010.

2. Sila senaraikan secara terperinci jumlah kos perbelanjaan, program yang dihadir dan hasil lawatan luar negeri secara satu per satu yang melibatkan YAB Menteri Besak Perak, penasihat-penasihat Menteri Besar dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak sejak Februari 2009 hingga Mac, 2011.

3. Sila senaraikan jumlah kos perbelanjaan secara satu per satu atas perlantikan jawatan Penasihat-penasihat YAB Menteri Besar, Ketua Penerangan Kerajaan Negeri dan pegawai-pegawai khas Menteri Besar bagi tempoh mulai tahun 2009 sehingga kini.

4. Sila senaraikan semua jumlah luas tanah termasuk tanah pertanian, tanah perumahan, tapak lombong dan kuari yang diluluskan oleh kerajaan negeri serta jumlah premium tanah yang dikutip secara terperinci bagi tempoh mulai tahun 2009 hingga 2011.

5. Sila nyatakan secara terperinci kadar dan bilangan jenayah serta jenis kes yang berlaku mengikut kawasan Daerah dalam Negeri Perak untuk tahun 2009 dan 2010.


Soalan Lisan:

1. Minta YAB Menteri Besar sila nyatakan secara terperinci berapa kos perbelanjaan kerajaan Negeri & kerajaan Tempatan untuk mempromosikan kempen “1 Malaysia” yang dilaung-laungkan oleh YAB Perdana Menteri?

2. Sila nyatakan secara terperinci satu per satu kos pembelian dan penyelenggaraan semua kereta rasmi YAB Menteri Besar, Ahli-Ahli MMK, Tuan dan Timbalan Tuan Yang Dipertua Dewan Negeri secara satu per satu mulai tempoh 2009 hingga kini.

3. Sila nyatakan jumlah peruntukan & perbelanjaan bagi hal-ehwal Islam dan hal Ehwal Bukan Islam secara teperinci bagi tempoh 2000 hingga 2010.

http://malaysiandotcom.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan