Jumaat, 3 Julai 2015

Ekonomi Malaysia Cenderung Ke Arah Greece Kerana Hutang Dan Rasuah semakin Meningkat



Kenyataan Media YB V.Sivakumar Ahli Parlimen Batu Gajah, Timbalan Pengerusi DAP Perak dan Setiausaha Antarabangsa DAP Kebangsaan pada 2 Julai 2015 di Ipoh


Greece hilang keupayaan ekonomi kerana kegagalannya menguruskan kewangan negara dengan baik. Pengurusan kewangan secara cekap dan berkesan adalah tanggungjawab utama sesebuah kerajaan. Apabila sesebuah kerajaan itu menjadi telalu rakus dan boros serta mengabaikan tata susila pengurusan wang, maka inilah puncanya kejatuhan ekonomi negara itu.

Greece mengalami masalah ekonomi sejak tahun 2009 kerana beberapa faktor seperti pengurusan ekonomi yang lemah dan perbelanjaan yang boros. Dikatakan amalan rasuah, nepotiisme dan kronisme yang keterlaluan juga merupakan antara punca-punca kejatuhan ekonomi Greece. Akibatnya hutang negara Greeece telah meningkat kepada 113%. Ini menyebabkan ekonomi negara itu tergendala.

Dalam World Economic Forum dikatakan bahawa defisit perbelanjaan Greece adalah 13.6% daripada KDNK pada tahun 2009. Diramalkan bahawa hutang negara Greece akan mencecah 200% daripada KDNK tidak lama lagi. Ini membuktikan negara berkenaan sedang mengalami ketenatan ekonomi yang sungguh dahsyat dan sukar untuk diselamatkan.

Negara tersebut telah menutup operasi banknya dan mengenakan kawalan modal. Ia telah gagal dalam rundingan dengan pemiutang-pemiutang antarabangsa. Greece terpaksa membayar hutang sebanyak 1.6 billion Euro.

Sebuah negara di Zon Euro tumbang di depan mata. Jika ini boleh berlaku kepada Greece, maka negara-negara lain juga tidak boleh terlepas jika urusan kewangannya tidak teratur dan mencurigakan. Kejatuhan ekonomi Greece juga akan memberi kesan kepada negara-negara Eropah yang lain. Tempiasnya akan dirasai oleh seluruh masyarakat antarabangsa.

Malaysia harus mendapat pedoman daripada krisis yang melanda di negara Greece. Negara kita juga tidak mempunyai pengurusan kewangan yang baik.. Oleh itu, kita juga terdedah kepada bahaya yang sama apabila ekonomi negara menjadi lumpuh. Amalah kronisme, nepotisme, dan rasuah merupakan kebocoran dalam ekonomi negara kita. Tidak ada mekanisme kawalan yang bersungguh-sungguh dalam menangani masalah ini. Negara kita dilanda krisis-krisis yang keterlaluan seperti salah urus kewangan 1MDB, Tabung Haji, MARA dan macam-macam lagi.

Hutang negara semakin meningkat secara mendadak sejak tahun 2010. Data dan statitik yang dikeluarkan oleh The Economist melalui Economist Intelligence Unit yang berpangkalan di North Michigan Avenue, Chicago, hutang negara pada tahun 2015 akan mencecah RM847.9 billion iaitu 63.8% daripada KDNK. Hutang isi rumah di Malaysia pula adalah sangat tinggi iaitu pada kadar 87.4% pada tahun 2015 dianggap hutang isi rumah yang paling tinggi di Asia dalam lingkungan HYPERLINK "http://www.beritasemasa.com.my/hutang-isi-rumah-di-malaysia-pendapatan-boleh-guna" RM854.3 Billion.

Selain daripada hutang negara, indikator-indikator ekonomi yang lain juga tidak menunjukkan angka-angka yang memberangsangkan. Kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa GST harus dilaksanakan di negara kita.Jika tidak, negara ini boleh bankrap. Kenyataan ini sendiri membuktikan ketenatan ekonomi negara yang semakin parah. Oleh yang demikian, rakyat harus selamatkan negara ini daripada pemimpin-pemimpin kerajaan Barisan Nasional yang hanya mementingkan kocek mereka dan membelakangkan rakyat negara ini.

Kenyataan Media YB V.Sivakumar Ahli Parlimen Batu Gajah, Timbalan Pengerusi DAP Perak dan Setiausaha Antarabangsa DAP Kebangsaan pada 2 Julai 2015 di Ipoh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan