Jumaat, 3 Januari 2014

Pertandingan Bola Sepak Piala YB V.Sivakumar

Kenyataan Media YB V.Sivakumar Ahli Parlimen Batu Gajah & Timbalan Pengerusi DAP Perak pada 1 Jan 2014 di Ipoh




Sekretariat Budaya Dan Sukan Parlimen Batu Gajah telah menganjurkan Pertandingan Bola Sepak 9 sebelah Piala YB V.Sivakumar pada 29/12/2013 di Podium Majlis Daerah Batu Gajah. Ini merupakan tahun yang keenam pertandingan ini dianjurkan sejak tahun 2008. Pada tahun 2013, satu lagi pertandingan bola sepak untuk pemain-pemain veteran juga telah dianjurkan oleh sekretariat pada bulan Oktober yang lalu.

Sebanyak 24 pasukan telah mengambil bahagian dalam Pertandingan Bola Sepak 9 Sebelah Piala YB V.Sivakumar. Ini merupakan sambutan  terbaik sejak pertandingan ini dimulakan. Walau bagaimanapun, YB V.Sivakumar Ahli Parlimen Batu Gajah bercadang untuk menganjurkan pertandingan ini pada skala yang lebih besar pada tahun 2014. Beliau juga mengucapkan jutaan terima kasih dan syabas kepada Sekretariat Budaya & Sukan Parlimen Batu Gajah yang telah menjayakan program sukan tahunan ini.

 Pertandingan telah bermula pada jam 10.00am dan tamat pada jam 7.00pm. Perlawanan berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan atau masalah daripada mana-mana pihak. Setiausaha Budaya Dan Sukan Parlimen Batu Gajah Sdr Raj Kumar juga mengucapkan terima kasih kepada semua ketua pasukan dan pemain-pemain yang memberi kerjasama dan bermain dengan penuh semangat kesukanan. Sikap pemain-pemain yang mantap ini memberi semangat,  keyakinan dan dorongan kepada pihak penganjur untuk meneruskan usaha ini untuk tahun-tahun yang akan datang.

Piala Pusingan YB V.Sivakumar pada tahun ini telah di rebut oleh Pasukan Ultra FC. Pasukan ini yang menjadi johan telah dihadiahkan wang tunai sebanyak RM1200 dan piala iringan. Naib Johan tahun ini ialah pasukan MRP Tasek FC yang memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM600 dan piala iringan. Pasukan yang ketiga pula ialah Simpang 4 Bota FC dan keempat ialah 7 Wave Tigers FC yang memenangi wang tunai RM300 dan RM120 masing-masing serta piala iringan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan