Rabu, 28 Ogos 2013

Rancangan Tebatan Banjir Segamat

Jawapan Parlimen

Rancangan Tebatan Banjir Segamat adalah untuk melencongkan sebahagian air banjir dari Sungai Segamat ke Lencongan banjir Sungai Segamat-Sungai Genuang sebelum disalurkan keluar ke Sungai Genuang.
 
 

Projek ini akan mengurangkan risiko banjir

Boleh meningkatkan keselamatan penduduk dan harta benda

Boleh meningkatkan sosio-ekonomi Bandar Segamat

Tetapi terdapat bantahan penduduk terhadap projek ini kerana melibatkan pengalihan :

1)  Sekolah Agama Rakyat Kg Jawa
2)  Tanah Perkuburan Islam

JPS telah membuat kajian semula dan telah mengenal pasti kaedah terbaik bagi menyelesaikan masalah tersebut dengan tidak melibatkan tapak kubur dan perpindahan Sekolah Agama iaitu melaksanakan pengubahsuaian reka bentuk asal dari saluran terbuka kepada pembentungan tertutup bawah tanah

Soalan Lisan Ahli Parlimen Sekijang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan