Jumaat, 30 Ogos 2013

Hapuskan CTOS pulihkan eknomi negara



Salam Ramadhan YB



Saya  adalah seorang rakyat malaysia dan siswazah undang-undang yang telah mendapatkan ijazah dengan kepujian daripada UK.

Baru baru ini Pemuda UMNO dan PKR telah membantah CCRISS kerana hendak menyenarai hitamkan pelajar-pelajar yang gagal bayar balik pinjaman PPTN . 

Saya berpendapat bukan sekadar CCRISS sahaja malahan CTOS juga sehingga kehari ini telah menjejaskan keperibadian dan  reputasi seorang individu khususnya Kaum Melayu dan India  di dalam kalangan pihak ketiga, masyarakat, majikan atau orang awam.

CTOS yang ditubuhkan pada 12 Disember 1990 adalah  untuk memberi perkhidmatan data maklumat pinjaman mengenai individu-individu dan syarikat-syarikat antara lain, para pelanggannya terdiri daripada institusi kewangan atau bank.

Akibat daripada perbuatan dan tindakan CTOS,  rakyat telah dikemukakan kepada kesusahan dan mengalami kerugian kerana pencerobohan privasi  mereka.

CTOS bukan agensi kerajaan dan tidak harus dibenarkan untuk menyimpan maklumat peribadi. Perbuatan CTOS telah mencetuskan pencerobohan maklumat peribadi  dan isu perundangan Akta Data Protection ACT kini boleh dipersoalkan.

CTOS didapati menyimpan maklumat peribadi bagi tempoh menlebihi enam tahun.  Dan kebanyakkan maklumat di simpan telah diperolehi daripada pihak bank dan ROC serta maklumat daripada tindakan Mahkamah.  Maklumat tersebut disimpan untuk selama-lamanya sehingga hari akhirat dunia nampaknya kerana polisi CTOS adlah untuk simpan maklumat ini untuk membuat keuntungan kepada mereka. Apakah ini kita panggil developing country? Tidak ada mana-mana Negara membanggun membenarkan syarikat swasta seumpama CTos untuk  membuat demikian.
Dengan wujudnya CTOS rakyat Malaysia khususnya Melayu tidak dapat membuat apa-apa pinjaman untuk membangunkan status ekonomi mereka dan melalui system ini.

Nampaknya sekali di senaraikan sampai mati nama individu tersebut  tidak dapat dikeluarkan selama-lamanya.

Demi untuk kebaikkan Negara CTOS harus dihapuskan dengan segera. Malahan undang –undang insolvensi  juga perlu diubah segera. Saya menyahut seruan Pemuda UMNO ,BN DAP PAS dan  PKR dalam perkara ini.

HApuskan CTOS….. tumbangkan agenda politik yang boleh melemahkan ekonomi rakyat malaysia khususnya rakyat melayu.

Saya bagi pihak beribu rakyat yang telah menjadi mangsa kecelekaan  CTOS dengan ini mengharapkan YB-YB sekalian untuk bertindak demi untuk kebaikan rakyat dan negara.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan