Selasa, 1 November 2011

Jangan Buat-buat Pekak Dalam Masalah SJKT Menglembu

Kenyataan Media YB V.Sivakumar  pada 31 Oktober 2011 di Batu Gajah.

Jangan Buat-buat  Pekak  Dalam Masalah SJKT Menglembu  

Satu lagi sekolah Tamil yang memerlukan perhatian kerajaan ialah SJKT Menglembu, Ipoh. Sekolah ini mempunyai lebih kurang 304 orang murid-murid. Merupakan satu satunya sekolah Tamil di DUN Menglembu. Oleh itu, ibubapa di kawasan ini tidak ada peluang lain kecuali menghantar anak-anak mereka ke sekolah ini. Sekolah ini menghadapi pelbagai masalah yang perlu diselesaikan dengan segera. Masalah-masalah sekolah ini telah dibawa kepada perhatian pihak-pihak yang bertanggungjawab tetapi tidak ada sebarang tindakan yang sewajarnya telah diambil setakat ini.  Setiap pemimpin yang melawat sekolah ini hanya member I janji janji kosong untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh sekolah ini.


Sekolah ini merupakan sebuah sekolah bantuan penuh kerajaan. Tetapi, kerajaan tidak memberi perhatian yang serius untuk menyelesaikan masalah bangungan sekolah ini. SJKT Menglembu hanya memiliki  6 buah bilik darjah  utama untuk menampung 390 orang murid-murid. Setiap bilik darjah di bahagikan 2 untuk digunakan sebagai 2 bilik darjah. Ini menganggu proses pengajaran dan pembelajaran  di sekolah itu. Bunyi bising dalam bilik-bilik yang dikongsi itu menimbulkan suasana yang tidak menyenangkan guru-guru dan murid-murid di sekolah ini. 

Tambahan pula, bilik komputer dan perpustakaan juga telah dijadikan sebagai bilik darjah untuk menampung keperluan. Oleh itu, perpustakaan dan bilik komputer tidak boleh berfungsi dalam keadaan biasa.  Ini merupakan satu bukti bahawa sekolah-sekolah Tamil sentiasa dianak tirikan oleh kerajaan. Situasi seperti ini tidak timbul di sekolah-sekolah kebangsaan di negara kita.  

Walaupun kerajaan telah menjanjikan untuk membina bangunan baru untuk sekolah ini, tetapi janji itu bagaikan janji di atas angin.  Pemimpin-pemimpin MIC, seperti biasa akan berkata perkara ini ‘masih dalam perhatian dan tindakan kerajaan’. Inilah  frasa yang paling digemari oleh pemimpin-pemimpin MIC untuk melarikan diri daripada tanggungjawab.  Saya pasti pemimpin MIC negeri Perak akan menggunakan frasa yang sama sekali lagi untuk menipu masyarakat India di kawasan ini. 

Kerajaan boleh meluluskan peruntukan wang berjuta-juta ringgit untuk sekolah-sekolah kebangsaan tetapi sekolah Tamil Menglembu tidak dipedulikan walaupun masalah ini lama telah dibawa kepada perhatian kerajaan . Saya telah menulis surat kepada Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Pengarah Pelajaran Negeri Perak pada  16 Jun 2011. Tetapi setakat ini tidak ada sebarang maklum  balas mengenai hal yang dibangkitkan . Harap kerajaan akan menggunakan wang peruntukan Kementerian Pelajaran dalam belanjawan 2012 untuk membina bangunan baru untuk SJKT Menglembu.

2 ulasan:

  1. INi muyiddin hanya bagi gula-gula saja..ma utuk Venggayam punya India,,,,,,

    BalasPadam
  2. I agree. My daughter studies in that school and she is always saying about this not enough classroom space for students.

    BalasPadam