Kenyataan Media YB V.Sivakumar pada 31 Oktober 2011 di Batu Gajah.
Jangan Buat-buat Pekak
Dalam Masalah SJKT Menglembu
Satu lagi sekolah Tamil yang memerlukan perhatian kerajaan
ialah SJKT Menglembu, Ipoh. Sekolah ini mempunyai lebih kurang 304 orang
murid-murid. Merupakan satu satunya sekolah Tamil di DUN Menglembu. Oleh itu,
ibubapa di kawasan ini tidak ada peluang lain kecuali menghantar anak-anak
mereka ke sekolah ini. Sekolah ini menghadapi pelbagai masalah yang perlu
diselesaikan dengan segera. Masalah-masalah sekolah ini telah dibawa kepada
perhatian pihak-pihak yang bertanggungjawab tetapi tidak ada sebarang tindakan
yang sewajarnya telah diambil setakat ini.
Setiap pemimpin yang melawat sekolah ini hanya member I janji janji
kosong untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh sekolah ini.
Sekolah ini merupakan sebuah sekolah bantuan penuh kerajaan.
Tetapi, kerajaan tidak memberi perhatian yang serius untuk menyelesaikan
masalah bangungan sekolah ini. SJKT Menglembu hanya memiliki 6 buah bilik darjah utama untuk menampung 390 orang murid-murid.
Setiap bilik darjah di bahagikan 2 untuk digunakan sebagai 2 bilik darjah. Ini
menganggu proses pengajaran dan pembelajaran
di sekolah itu. Bunyi bising dalam bilik-bilik yang dikongsi itu
menimbulkan suasana yang tidak menyenangkan guru-guru dan murid-murid di
sekolah ini.
Tambahan pula, bilik komputer dan perpustakaan juga telah
dijadikan sebagai bilik darjah untuk menampung keperluan. Oleh itu,
perpustakaan dan bilik komputer tidak boleh berfungsi dalam keadaan biasa. Ini merupakan satu bukti bahawa
sekolah-sekolah Tamil sentiasa dianak tirikan oleh kerajaan. Situasi seperti
ini tidak timbul di sekolah-sekolah kebangsaan di negara kita.
Walaupun kerajaan telah menjanjikan untuk membina bangunan baru
untuk sekolah ini, tetapi janji itu bagaikan janji di atas angin. Pemimpin-pemimpin MIC, seperti biasa akan berkata
perkara ini ‘masih dalam perhatian dan tindakan kerajaan’. Inilah frasa yang paling digemari oleh
pemimpin-pemimpin MIC untuk melarikan diri daripada tanggungjawab. Saya pasti pemimpin MIC negeri Perak akan
menggunakan frasa yang sama sekali lagi untuk menipu masyarakat India di
kawasan ini.
Kerajaan boleh meluluskan peruntukan wang berjuta-juta
ringgit untuk sekolah-sekolah kebangsaan tetapi sekolah Tamil Menglembu tidak
dipedulikan walaupun masalah ini lama telah dibawa kepada perhatian kerajaan .
Saya telah menulis surat kepada Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin dan
Pengarah Pelajaran Negeri Perak pada 16
Jun 2011. Tetapi setakat ini tidak ada sebarang maklum balas mengenai hal yang dibangkitkan . Harap
kerajaan akan menggunakan wang peruntukan Kementerian Pelajaran dalam belanjawan
2012 untuk membina bangunan baru untuk SJKT Menglembu.
INi muyiddin hanya bagi gula-gula saja..ma utuk Venggayam punya India,,,,,,
BalasPadamI agree. My daughter studies in that school and she is always saying about this not enough classroom space for students.
BalasPadam