Jumaat, 1 Julai 2011

PROJEK RM5.8b untuk Syarikat 'dormant'?


01JUL11 - PEJABAT SPRM, IPOH

YB V. Sivakumar bersama 8 orang DUN Perak yang lain telah membuat laporan di SPRM, Ipoh pagi tadi.

Laporan dibuat terhadap kerajaan BN Perak yang meluluskan 150 ekar tanah di kawasan Segari, Manjung kepada sebuah syarikat modal berbayar RM100. Syarikat yang didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia adalah bersifat 'dormant' sejak dimulakan pada tahun 2008. Tidak ada sebarang transaksi atau keuntungan yang dicatatkan oleh syarikat ini.

Adakah pemberian tanah 150 ekar untuk projek RM5.8billion dilakukan secara telus dengan tender terbuka?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan