Isnin, 4 Julai 2011

Datuk Rayu Bantuan Untuk 5 Orang Cucu‏



04JUL2011 - Taman Pinji Mewah

Saya telah menerima aduan daripada En Manogaran, berumur 48 tahun, bahawa beliau telah membuat permohonan bantuan kebajikan untuk 5 orang cucunya pada 16 Mac 2011 tetapi tidak menerima apa-apa bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat setakat ini. Beliau seorang tidak mempunyai pekerjaan yang tetap, isterinya juga merupakan seorang suri rumahtangga. Mereka terpaksa menanggung perbelanjaan 5 orang cucu yang telah ditinggalkan oleh ibu bapa mereka. Beliau telah pergi ke Pejabat Kebajikan Masyarakat sebanyak 3 kali tetapi tidak ada apa-apa maklumbalas kecuali menyuruh beliau untuk tunggu. Beliau tidak mampu lagi membiayai tanggungan dan perbelanjaan sekolah anak-anak kecil ini. Beban ini jika berterusan beliau terpaksa memberhentikan cucu-cucunya daripada bersekolah. Perkara ini perlu dielakkan kerana masa hadapan anak-anak ini akan terkandas. Walau bagaimanapun, cucunya yang bernama Premila (13) telah pun diberhentikan daripada bersekolah pada tahun ini. Cucu-cucu yang lain iaitu Kanaga Priya (12), Yogeswaran (10), Venugopal (8), Jamuna (6) masih lagi bersekolah. Untuk menjamin masa hadapan anak-anak ini, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat harus mengambil tindakan segera membantu mereka. Sikap sambil lewa dan tidak mengambil kisah ini akan memudaratkan lagi masalah sosio-ekonomi negara kita pada masa akan datang. Kalau benar, kerajaan Barisan Nasional berniat untuk membasmi kemiskinan dan mendahulukan rakyat, tindakan harus diambil dengan serta-merta membantu keluarga miskin tegar ini.

*Makluman : En. Manogaran boleh dihubungi di 014-3411018 untuk bantuan


Tiada ulasan:

Catat Ulasan