Isnin, 25 Julai 2011

KENYATAAN MEDIA : Perayaan Tahunan Kuil Maha Muthu Mariamman Ladang Nalla, Tronoh



Kenyataan Media YB V.Sivakumar di Ladang Nalla, Tronoh pada 24/7/2011



YB V.Sivakumar telah menghadiri perayaan tahunan Kuil Maha Muthu Mariamman Ladang Nalla Tronoh pada 24 Julai 2011.
 
Setiap tahun perayaan ini disambut dengan meriah di kuil ini. Upacara kemuncak perayaan ini ialah 'Thimithi' iaitu berjalan di atas bara api.

Ini merupakan tahun ke4 YB V. Sivakumar menghadiri upacara perayaan tahunan kuil ini.

Kuil ini wujud sejak kolonial British lagi untuk penduduk-penduduk ladang getah Nalla, Tronoh.

Kini ladang ini telah berubah wajah, getah tidak wujud lagi. Telah menjadi ladang kelapa sawit

Hampir keseluruhan masyarakat India telah meninggalkan ladang ini.

Kini pekerja-pekerja asing menetap dan bekerja di ladang tersebut.

Walaubagaimanapun, kuil Maha Muthu Mariamman ini masih tetap menyambut perayaan tahunan sehingga ke hari ini.

Penduduk-penduduk di sekitar pekan Tronoh datang beramai-ramai untuk menyambut perayaaan itu tiap-tiap tahun.

Dalam pada itu, keluarga yang pernah menetap di ladang itu tetapi sekarang bekerja di negeri-negeri lain juga akan pulang untuk menyambut perayaan ini.

Ini merupakan satu peluang kepada mereka untuk bertemu dengan sahabat handai dan jiran-jiran mereka yang lama.

Kuil ini pernah memohon sebidang tanah berhampiran dengan Kampung Baru Nalla.

Tetapi permohonan itu telah ditolak oleh kerajaan negeri tanpa satu alasan yang munasabah.

YB V. Sivakumar menjanjikan bahawa beliau akan mendapatkan tanah yang dipohon itu jika Pakatan Rakyat berjaya memerintah negeri Perak semula. Beliau juga mencabar MIC dan kerajaan negeri Perak untuk menyelesaikan masalah permohonan tapak tanah oleh Kuil ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan