Rabu, 29 Julai 2015

Rombakan Kabinet Telah Membawa Kekecewaan Besar Kepada Masyarakat India





Kenyataan Media YB V.Sivakumar Ahli Parlimen Batu Gajah pada 28 julai 2015 di Ipoh


Tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk merombak Kabinet telah membawa kekecewaan yang amat besar kepada masyarakat India. Datuk Seri G.Palanivelu yang memegang jawatan menteri penuh di Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah digugurkan dari kabinetnya hari ini.  Ini menyebabkan parti MIC telah kehilangan satu jawatan menteri penuh.

Selepas rombakan kabinet, MIC hanya mempunyai satu jawatan menteri penuh dan 2 jawatan timbalan menteri. Ini menimbulkan kemarahan dan kekecewaan dikalangan masyarakat India kerana kerajaaan Barisan Nasional di bawah pimpinan Perdana Menteri telah membelakangkan kaum India dalam pentadbiran tertingginya.

Setiap parti harus mengorak langkah ke hadapan. Tetapi parti MIC telah berlangkah ke belakang dengan pengumuman  keputusan rombakan kabinet ini. Saya tidak tahu samada pemimpin-pemimpin MIC berasa malu ataupun tidak mengenai kehilangan jawatan ini.

Tetapi, saya pasti masyarakat India sangat marah dan kecewa dengan Perdana Menteri yang berani menyingkirkan seorang pemimpin India dalam kabinetnya tetapi tidak digantikan dengan seorang pemimpin India yang baru sebagai menteri penuh. Adakah ini membuktikan bahawa pemimpin-pemimpin MIC yang ada sekarang ini semuanya tidak layak memegang jawatan menteri penuh. MIC hari ini berada dalam era yang paling lemah dan memalukan.

Sekarang, kita sudah kembali ke zaman Datuk Seri S. Samy Velu. Hanya seorang menteri bagi kaum India yang akan mengawal dan berkuasa penuh dalam semua hal-ehwal dan urusan yang melibatkan kaum India. Sekali lagi, kita akan lihat seorang ‘mandur’ yang akan memegang kuasa politik secara monopoli terhadap kaum India.

Walau bagaimanapun, saya pasti pemimpin-pemimpin MIC yang ada sekarang tidak akan berani menuntut supaya kaum India diberi 2 jawatan menteri penuh. Apa yang penting bagi mereka ialah jawatan dalam parti MIC. Pergaduhan diantara pemimpin-pemimpin utama parti itu belum selesai lagi. Bagi mereka, politik dalaman adalah lebih penting  daripada masalah-masalah sosio ekonomi yang dihadapi oleh kaum India. Mereka sanggup kehilangan 1 jawatan menteri penuh tetapi akan terus lawan bermati-matian untuk jawatan di dalam parti MIC. Saya mahu melihat pandekar-pandekar MIC yang berani keluar melawan Perdana Menteri menuntut 2 jawatan menteri untuk kaum India.

Seleuruh rakyat tahu bahawa MIC berada dalam keadaan yang terlalu daif pada hari ini. Perdana Menteri telah menggunakan peluang ini untuk merampas satu 

Kenyataan Media YB V.Sivakumar Ahli Parlimen Batu Gajah pada 28 julai 2015 di Ipoh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan