Jumaat, 3 Julai 2015

Di mana aset tentera sedia ada di Sabah?

 
Kenyataan Media Ahli Parlimen Stampin, Julian Tan Kok Ping pada 22 Mei 2015:





 Dalam jawapan yang diberikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, kesimpulannya ialah kerajaan sedang dalam process memperolehi peralatan-peralatan tentera dan ianya mengambil masa. Kita juga mengetahui bahawa RM600 juta telah pun diperuntukkan demi meningkatkan keselamatan di Sabah.

Akan tetapi, ini adalah tidak munasabah atas sebab-sebab berikut:

1)      Di manakah aset-aset yang sedia ada?
Jenayah yang berlaku kali ini, tidak melibatkan aset peperangan yang canggih. Bukan melibatkan kapal perang, bukan kapal selam, tiada ‘AAA’  (Anti Aircraft Artillery) tetapi hanya bot sampan.
Jadi kenapakah aset-aset yang sedia-ada ataupun telah pun diperolehi baru-baru ini, gagal menghalang serangan berteknologi rendah ini daripada berlaku? Sedangkan kawasan Sabah juga dalam status berwaspada terhadap serangan pengganas?

2)      Di mana drone-drone canggih yang disebutkan oleh Menteri Pertahana selama ini?
Daripada jawapan yang diberikan oleh Kementerian Pertahanan sebelum ini, nampaknya operasi drone telah pun wujud di Sabah sekian lama. Di mana dana sekurang-kurangnya RM10 juta yang telah pun diberikan kepada syarikat CTRM untuk memperolehi dan membangunkan sistem drone yang mempunyai system pengawasan yang canggih katanya.
Kenapakah drone tersebut gagal dalam menhalang beberapa kes yang telah pun berlaku serdangkan adanya system pengawasan yang canggih?

3)      Di mana drone-drone Scan Eagle yang telah pun diperolehi pada harga jutaan ringgit?
            Kenapakah ia tidak berkesan dalam misi menghalang kejadian serperti ini mahupun kes-kes sebelumnya daripada berlaku? Setahu kita Scan Eagle ini mempunyai kemampuan yang tinggi, yang berkepuyaan untuk kekal di udara selama beberapa jam.
      Sehinggakan Ahli Palimen BN daripada Sabah juga tertanya di mana drone-drone yang sepatutnya aktif beroperasi dan sepatutnya tiada masalah dalam mengatasi serangan musuh yang berteknologi rendah.


4)      Adakah kemampuan menjaga sempadan Negara kita berada dalam keadaan yang membimbangkan?
Dengan apa yang telah berlaku di Sabah selama ini, keupayaan Negara kita untuk menjaga sempadan adalah begitu merisaukan. Musuh Negara bukan saja berjaya menceroboh sempadan kita dan mejalankan kegiatan keganasan, bahkan ia hanya dilakukan dengan mengunakan aset-aset yang berteknologi rendah.
Jika hanya dengan kelengkapan aset berteknologi rendah mereka boleh berjaya merentasi sempadan dan melakukan misi keganasan, apakah yang akan terjadi sekiranya datangnya musuh kita yang berkelengkapan lengkap serta berteknologi tinggi? Ini suatu pekara kritikal yang perlu kita atasi dengan segera

Kesimpulannya,
Kita tidak halang sama sekali usaha-usaha untuk memperolehi peralatan yang canggih demi menjaga kedaulatan tanah Malaysia. Apa yang tidak munasabah ialah apabila kita gagal mengunakan peralatan ini dengan secara berkesan. Adakah ratusan juta ini digunakan dengan sebaiknya dalam memperolehi peralatan tersubut dengan harga yang berpatutan serta sememangnya diperlukan? 




-- 
Best Regards,

Julian Tan Kok Ping (陈国彬)
MP for P196 Stampin
BEng (Hons, Aerospace), MEngSc, AIAA, IEEE, BEM 

Stampin Community Center (SCC)
LT 2782 Block 10
388, 1st Floor,  Jalan Tun Ahmand Zaidi Adruce
3rd Mile 93200 Kuching SARAWAK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan