Kenyataan Media YB V.Sivakumar Ahli Parlimen Batu Gajah & Timbalan Pengerusi DAP Perak pada 21/6/2015 di Jelapang, Ipoh.
Saya tidak faham kenapa kerajaan sentiasa melengah-lengahkan projek yang melibatkan sekolah-sekolah Tamil. Banyak sekolah-sekolah Tamil di negara kita telah ditutup sejak kemerdekaan. Pelbagai alasan diberi untuk berbuat sedemikian. Pihak MIC dan pemimpin-pemimpin India parti komponen Barisan Nasional yang lagi tidak pernah membangkitkan perkara ini. Mereka telah membiarkan sekolah-sekolah itu ditutup sewenang-wenangnya.
Pemimpin-pemimpin India dari pihak pembangkang sentiasa berpegang kepada pendapat bahawa sekolah-sekolah vernekular harus dikekalkan di negara kita. Ini adalah penting untuk menjaga bahasa, adat, agama, kesenian dan kebudayaan yang menjadi wasisan masyarakat India di negara ini. Hilangnya sekolah-sekolah Tamil, bermakna hilanglah wasisan India yang merupakan satu daripadan komponen kemajmukan Malaysia. Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk mengekalkan sekolah-sekolah Tamil yang sedia ada, malah menambahkan bilangannya di kawasan-kawasan yang mempunyai kepadatan kaum India yang tinggi.
Tetapi, saya rasa sungguh kesal dan kecewa dengan kerajaan Barisan Nasional yang tidak mengambil berat tentang sekolah-sekolah Tamil. Setiap keputusan mengambil masa yang lama. Seolah-olah sekolah-sekolah Tamil diberi pertimbangan yang terakhir. Sebagai contoh, SJKT Gunung Rapat, Ipoh yang telah diluluskan tapak tanah baru oleh kerajaan Negeri Perak pada tahun 2012, masih tidak kelihatan apa-apa usaha pembinaan bangunan baru. Walaupun perkara ini dibangkitkan banyak kali oleh pelbagai pihak, kerajaan masih memberi alasan yang tidak boleh diterima akal.
Saya juga tidak faham kenapa ia mengambil masa yang begitu lama untuk mendapatkan kelulusan peruntukan tambahan daripada pihak Unit Perancangan Ekonomi (EPU). Timbalan Perdana Menteri selaku Menteri Pendidikan, Muhyiddin Yassin sudahpun menjanjikan RM2.5 juta pada tahun 2013. Bukankah kos pembinaan akan meningkat jika kita menunggu lebih lama lagi? Dengan adanya cukai baru GST, sudah pasti kos pembinaan akan berganjak ke atas. Tetapi, kerajaan tidak mempedulikan langsung tentang keperluan dan kebajikan bangunan baru untuk murid-murid SJKT Gunung Rapat.
Kenyataan Media YB V.Sivakumar Ahli Parlimen Batu Gajah & Timbalan Pengerusi DAP Perak pada 21/6/2015 di Jelapang, Ipoh. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan