Jumaat, 3 Julai 2015

Isteri Hilang, Suami & 3 Orang Anak Menanti Kepulangan



Kenyataan Media YB V.Sivakumar Ahli Parlimen Batu Gajah pada 1 Jun 2015 di Batu Gajah


Aduan diterima daripada seorang suami bahawa isterinya hilang sejak 29 Mei 2015. Keluarga yang tinggal di Desa Changkat, Batu Gajah amat bimbang tentang keselamatan Puan Thanam a/p Arjunan (29). Menurut suaminya Encik Ananthan a/l Suriyan, isteri memberitahu bahawa beliau dan sahabatnya mahu pergi ke Kuala Lumpur untuk bekerja. Selepas suami mengalami kemalangan, beliau tidak ada pendapatan dan terpaksa hidup dalam kesusahan. Pasangan ini mempunyai 3 orang anak, 2 lelaki dan seorang perempuan. Mereka telah mendirikan rumahtangga sejak 7 tahun yang lalu.

Isteri telah menaiki bas bersama sahabatnya di Terminal Aman Jaya lebih kurang 6.30pm. Akhir sekali, beliau ada menghubungi suaminya daripada Kuala Lumpur pada malam itu juga. Selepas itu, kedua-dua wanita itu tidak dapat dihubungi lagi sehingga hari ini. Apa yang telah berlaku kepada mereka masih menjadi misteri. Keluarga Puan Thanam, mahu beliau kembali kepada keluarga dengan segera kerana suami dan anak-anaknya dalam keadaan cukup risau dan takut. Orang ramai juga diminta menghubugi keluarga di 01126450172 jika terjumpa dengan Puan Thanam. Laporan polis juga telah dibuat pada 31 Mei 2015 di IPD Batu Gajah


Tiada ulasan:

Catat Ulasan