Jumaat, 3 Julai 2015

Masyarakat India Dipulau Dalam RMK11




Perbahasan YB V.Sivakumar Di Dewan Rakyat pada 9 Jun 2015, Rancangan Malaysia Ke Sebelas.

Dalam ucapan Perdana Menteri ketika membentangkan Rancangan Malaysia Ke 11 (RMK11) beliau telah memulaukan masyarakat India sama sekali. Saya terdengar belier menyebut bahawa satu 'blue print' akan disediakan untuk membantu masyarakat India. Persoalannya, kenapakah strategi ataupun rancangan-rancangan pembangunan ekonomi kaum india tidak dimasukkan dalam isi kandunagan RMK11, tetapi disediakan sebagai satu dokumen yang berlainan?

Kerajaan berjaya merangka buku tebal RMK11 tetapi tidak mempunyai ruangan untuk menyelitkan program-program pembangunan bagi kaum India. Saya rasa kecewa kerana 'blue print' yang disebutkan itu akan menjadi satu lagi janji kosong seperti 'nambikai' yang tidak boleh dipercayai lagi. Sama seperti MOU yang ditandatangani oleh kerajaaan BN dengan Mantan Timbalan Menteri di Jabatan Pendana Menteri Waythamoorthy, ini juga hanya sekadar menanam tebu di bibir sahaja.

Jelas Waythamoorthy dan kaum India tertipu sebaik sahaja selepas pilihanraya. Apa jua yang dijanjikan oleh kerajaan kepada Waythamoorthy dan masyarakat India tidak ditunaikan. Akhirnya beliau terpaksa meletak jawatan kerajaan yang disandang olehnya pada tahun lalu.

Kegagalan kerajaan menyelitkan program pembangunan ekonomi kaum India di dalam Rancangan Malaysia Ke 11 merupakan satu lagi kecuaian pemimpin-pemimpin MIC yang terlalu sibuk dengan politik dalaman dan pergaduhan sesama sendiri, mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap rakyat terutamanya kaum India.

Kalau kerajaan benar-benar serius dan prihatin tentang pembangunan dan kebajikan kaum India, sudah tentu perkara ini dimasukkan dalam isi kandungan RMK 11. Apakah rasional untuk kerajaan mewujudkan satu 'blue print' yang berasingan untuk kaum India?

RMK11 merupakan satu komitmen kerajaan yang memerintah untuk 5 tahun yang akan datang, tetapi blue print yang berasingan akan dijadikan sebagai manifesto pilihanraya ke 14 semata-mata untuk menipu masyarakat India sekali lagi. Saya yakin masyarakat India tidak akan mempercayai janji-janji manis kerajaan Barisan Nasional selepas ini.

Berikut adalah beberapa persoalan yang perlu dijawab oleh Perdana Menteri berhubung dengan Blue Print yang dijanjikan itu :-

1) Apakah tahap persediaan yang sedang dibuat dalam merangka 'blue print' berkenaan?

2) Siapakah yang bertanggungjawab untuk merangka 'blue print' itu?

3) Bilakah 'blue print' itu akan siap dirangka?

4)Bilakah kerajaan bercadang untuk mengumumkan 'blue print' tersebut?

5) Apakah garis panduan ataupun aspek-aspek yang dirangkumi oleh 'blue print'?

YB V.Sivakumar Di Dewan Rakyat pada 9 Jun 2015, Rancangan Malaysia Ke Sebelas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan