Jumaat, 6 Mei 2011

MISKIN 1MALAYSIA


05 MAY 2011

Saya bersama ahli-ahli Pusat Khidmat DUN Tronoh telah menziarahi sebuah keluarga miskin yang tinggal di Kampung Baru Bemban. Keluarga ini hidup dalam serba kekurangan. Keluarga terdiri daripada pasangan suami isteri dengan 5 orang anak. Hanya 2 orang anak sahaja yang masih belajar dan yang lain telah berhenti sekolah. Pasangan suami dan isteri ini tidak bekerja. Suami menghidapai masalah kesihatan iaitu sakit jantung dan juga kelihatan seperti kena strok satu belah. Beliau sedang mendapatkan rawatan.

Keluarga ini tiada wang untuk perbelanjaan harian. Bekalan air dan eletrik telah dipotong selama 4 bulan. Hidup mereka dalam kegelapan. Nasib malang, mereka tidak mendapat bantuan dari mana-mana pihak. Keluarga ini pernah meminta bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat. Tetapi, sebarang tindakan tidak diambil oleh pihak-pihak berkenaan.

Pusat Khidmat DUN Tronoh telah membeli bekalan makanan dan telah mengatur untuk penyambungan semula bekalan elektrik.

2 ulasan:

  1. Salam hormat YB Siva

    Saya telah email ke vital_vtc@hotmail.com soalan-soalan untuk dialog ekonomi rakyat 17hb Mei ini di rapat jaya tambahan parlimen Gopeng. Mohon YB semak ye. Ribuan terima kasih sudi hadir ke kawasan kami.

    Muhammad Nuruddin Ketua Penerangan DPPK Gopeng

    BalasPadam
  2. boleh dapatkan sebanyak 30 nama rumah keluarga miskin di perak sertakan di email saya demoniac_ns@yahoo.com

    BalasPadam