Khamis, 26 Mei 2011

Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Di Lahat


24 MEI 2011 - Lahat, Perak



Kementrian Perumahan dan Kerajan Tempatan di bawah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara telah bercadang untuk membangunkan satu tapak pelupusan sisa pepejal sanitari di Lahad, Daerah Kinta. (1 km dari Papan, 4.5 km dari Pekan Lahad, 3km dari Pusing, 7 km dari Batu Gajah, 9 km dari Menglembu) Peruntukan telah disediakan oleh kerajaan persekutuan untuk melaksanakan projek ini,


Satu sesi dialog telah diadakan pagi semalam (23/5/2011) di Arena Square Batu Gajah oleh Perunding Alam Sekitar bagi projek ini iaitu Malaysian Environmental Resources Centre (MERC). Badan ini dilantik untuk menjalankan Kajian Penilaian Impak Alam Sekitar.


Mengikut statistk negara kita mempunyai 290 tapak pelupusan sisa pepejal. Daripada jumlah itu 114 akan ditutup atau tidak beroperasi. 7 merupakan tapak pelupusan sisa pepejal sanitari. Di Perak terdapat terdapat 20 tapak pelupusan sisa pepejal merupakan jumlah yang paling banyak di Semenanjung Malaysia. Manakala 9 tapak pelupusan sisa pepejal telah ditutup di negeri Perak. Meneteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Wira Chor Chee Heung bercadang untuk membina 9 tapak pelupusan sisa pepejal sanitari pada tahun 2011 untuk memproses 17 000 tan sisa dalam satu hari di Malaysia. Beliau bercadang membuka 2 tapak tersebut di Perak. Ini adalah satu langkah untuk untuk menukar semua tapak pelupusan sisa pepejal di Malaysia kepada tapak pelupusan sisa pepejal sanitari.


Mengikut statistik 2000 jumlah sisa terjana di Perak ialah 996,417 tan dan Daerah Kinta menjana sisa pepejal yang paling tinggi daripada jumlah tersebut iaitu 54%. Dianggarkan peningkatan 23% sisa pepejal pada tahun 2020 di negeri Perak.


Sekarang sisa pepejal di lupuskan di 3 tempat di Daerah Kinta iaitu Bercham, Kampar dan Batu Gajah. Kerajaan mencadangkan untuk membina satu tapak pelupusan sanitari seluas 588.11 ekar tanah di Lahad bagi menggantikan ketiga-tiga tapak pelupusan sisa pepejal.


Pertama sekali kenapa tapak baru dipilih di Lahad? Tempat ini adalah sangat kontroversial dan sensetif dikalangan penduduk-penduduk di sekitar kawasan ini. Dulu mereka telah dilanda dengan bahaya radioaktif Asia Rare Earth. Isu ini masih tidak diselesaikan sehingga ke hari ini. Penduduk kawasan ini hidup dalam kekhuatiran. Sekarang kawasan yang sama dipilih untuk pelupusan sisa pepejal sanitari. Tapak ini hanya 500 meter dari sempadan zon perumahan. Kenapakah kerajaan tidak mengenalpasti tapak yang lebih sesuai dan jauh daripada penduduk? Jangan membebankan penduduk Lahad dan sekitarnya dengan projek pelupusan sisa pepejal ini. Mereka risau tentang pencemaran dan masalah kesihatan yang lain akibat perlaksanaan projek ini. Tambahan pula nilai tanah dan bangunan di kawasann ini juga akan lumpuh jika kerajaan teruskan untuk menjadikan kawasan tersebut untuk pelupusan semata-mata. Walaupun kajian alam sekitar menjamin bahawa tidak akan berlaku pencemaran alam dan masalah kesihatan, tetapi persepsi masyarakat adalah sukar untuk diubah. Ini akan mengganggu nilai ekonomi harta di kawasan ini.


Pada masa yang sama, terdapat banyak aktiviti penternakan ikan, penternakan lembu, kambing, kerbau, kebun sayur-sayuran dan buah-buahan di sekeliling kawasan ini? Apakah nasib petani-petani ini? Adakah kerajaan akan memberi satu tapak baru bagi mereka untuk meneruskan aktiviti mereka atau mereka akan dihalau begitu sahaja? Mereka tidak mahu pampasan kerana mata pencarian mereka yang hilang. Kerajaan masih tidak menjawab persoalan ini. Perkara ini adalah antara yang pertama perlu diselesaikan oleh kerajaan negeri sebelum memulakan apa-apa usaha memulakan projek tapak pelupusan ini. Petani-petani di kawasan ini sebulat suara membantah tindakan kerajaan meluluskan tapak tanah tersebut untuk pelupusan sisa pepejal di Lahad.


Tidak seorang pun pegawai daripada SUK , Pejabat Tanah dan Majlis Daerah Batu Gajah menghadiri dialog semalam. Pegawai Daerah yang sepatutnya mengambil tanggungjawab penuh dalam projek ini juga tidak hadir. Tidak seorang pun ahli Majlis daripada Majlis Daerah Batu Gajah yang hadir semalam. Datuk Bandar sepatutnya berada bersama-sama untuk memberi penjelasan. Ini menunjukkan sikap tidak peduli, acuh tak acuh yang diambil oleh kerajaan negeri mengenai isu ini. Mengikut penganjur surat jemputan telah diberikan kepada semua jabatan yang terlibat.


Saya bersama YB Lim Pek Har ADUN Menglembu dan 3 orang bekas Ahli Maljlis Pakatan Rakyat telah membangkitkan beberapa soalan dalam sesi dialog semalam. Kebanyakkan soalan-soalan kami tidak dapat dijawab kerana jabatan-jabatan yang terlibat tidak hadir untuk memberi penerangan.


Antara persolan yang saya timbulkan ialah mengenai mekanisme operasi tapak pelupusan sisa pepejal ini:-


1) Siapakah akan menguruskan tapak itu? Kerajaan negeri, kerajaan tempatan atau kerajaan persekutuan?


2) Adakah projek ini akan diswastakan seperti Indah Water Konsortium?


3) Siapakah akan menanggung kos operasi?


4) Adakah rakyat akan dibebankan lagi melalui projek ini?


Satu kajian sampel telah dibuat daripada 443 orang disekitar kawasan in secara rambang oleh pihak MERC dan didapati 56.6% tidak bersetuju. Satu kajian yang lebih menyeluruh diperlukan sebelum kerajaan meluluskan pembinaan tapak pelupusan sisa pepejal sanitari di kawasan Lahat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan