Khamis, 26 Mei 2011

MEMBAIKI JALAN ROSAK DI PUSING



24 MEI 2011 -  PUSING, BATU GAJAH



Penduduk Taman Pusing Baru mengadu bahawa jalan masuk utama ke kawasan perumahan itu telah rosak. Mereka telah membuat aduan kepada Majlis Daerah Batu Gajah beberapa kali. Tetapi masalah ini tidak diselesaikan. Perkara ini juga dibangkitkan melalui media tetapi tidak ada apa-apa tindakan juga. Maka Pengerusi DAP cawangan Pusing telah mencabar Majlis Daerah Batu Gajah untuk memperbaiki jalan yang rosak itu dalam tempoh 1 minggu. Jika tidak mengambil tindakan lagi maka pihak DAP sendiri akan mengambil usaha untuk memperbaiki jalan tersebut.

Setelah satu minggu menunggu masih tidak ada apa-apa tanda pihak Majlis Daerah Batu Gajah menyelesaikan masalah yang kecil ini. Walaupun masalah ini kecil dan boleh diselesaikan dalam sekelip mata tetapi pihak Majlis Daerah Batu Gajah mengambil sikap tidak peduli.

“Kami risau tentang keselamatan pengguna jalanraya tersebut. Apabila hujan turun air bertakung di dalam lubang-lubang besar di jalan itu. Pada masa itu tidak kelihatan seperti jalan rosak atau berlubang kerana air mengalir di sepanjang jalan itu. Jika penunggang motosikal atau basikal menggunakan jalan itu, mereka akan terjatuh dalam lubang dan kemungkinan kemalangan yang lebih buruk berlaku di situ. Pernah ada orang yang jatuh kerana keadaan jalan yang rosak ini. Tambahan pula kereta yang melalui jalan itu juga boleh mengalami kerosakan jika tersungkur dalam lubang-lubang yang besar itu” kata V.Sivakumar, ADUN kawasan Tronoh.

Seperti yang dicabar oleh Pengerusi DAP cawangan Pusing, DAP telah mengambil langkah untuk memperbaiki jalan itu pada hujung minggu lalu. Orang ramai telah member sumbangan untuk membeli simen dan pasir bagi kerja-kerja memperbaiki jalan yang rosak itu. Tindakan DAP untuk memperbaiki jalan itu adalah penyelesaian sementara sahaja untuk mengelakkan apa-apa kejadian yang tidak diingini berlaku. Harap pihak Majlis Daerah Batu Gajah tidak mengambil perkara ini sebagai remeh. Tindakan menurap semula jalan yang rosak harus dilakukan dengan serta merta.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan