Ahad, 18 April 2010

Pulangkan 77 Juta Kepada Rakyat


Demo bantah Apco Umno di Perak

Pemuda Pakatan Rakyat Perak (Pemuda PRPk) telah mengadakan satu perhimpunan aman membantah firma perunding APCO World Wide yang pro Yahudi/Israel dan pembabitannya dengan kerajaan 1Malaysia. Perhimpunan tersebut diadakan diperkarangan Masjid Negeri Sultan Idris Shah, Ipoh selepas sahaja ummat Islam selesai mengerjakan solat Jumaat.
Antara mereka yang berucap pada perhimpunan tersebut ialah bekas Ketua Pemudamnya, Ust Norazli Musa, Ketua Penerangan Pemuda PAS Perak Ust. Akmal Kamaruddin, Saudara Zairul Azrul , dan lain-lain lagi.


Norazli Musa telah menyifatkan sikap kerajaan Malaysia yang bermuka-muka.


"Tak iktiraf Israel tetapi bersekongkol dengan rejim Zionis yang kejam"
Malaysiakini melaporkan , bahawa Pemuda PAS Perak menuntut kerajaan memulangkan kepada rakyat, wang RM77 juta yang diberikan kepada Apco Worldwide sebagai bayaran khidmat rundingannya.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan