Ahad, 18 April 2010

Akhirnya KAMAL ALAN NATHAN menjadi 1Malaysia

3 Jamadil Awal 1431H.

Bermula dari tindakan Muhyidin menipu dan berbohong kepada penduduk Hulu Selangor dengan kononnya calon adalah anak tempatan sehingga ke hari ini saya mendapati UMNO dan BN sudah tidak ada modal untuk berkempen secara demokrasi di Hulu Selangor.

Bayangkan apabila Muhyiddin sudah menjadi juru tafsir yang ternyata membuktikan sekali dia bercakap menampaknya sebenarnya dia tidak ada wawasan dan kelayakan untuk meningkat lebih tinggi dalam arena politik negera. Tidak tahulah dia belajar dimana dengan menafsirkan nama calon BN adalah gabungan dari nama Melayu Kamal, Cina Alan dan India Nanthan.

Rasanya budak sekolah rendah juga tergelak besar kepada menteri yang jaga sekolahnya itu bila tiba-tiba Muhyiddin menafsirkan Kamalanathan yang kononya mencerminkan 1Malaysia dari namanya itu.

Lebih seronok kalau Muhyiddin tawarkan kepada pengundi di Hulu Selangor untuk menjadikan Kamalanathan sebagai maskot 1Malaysia. Mana tahu kalau ada yang tertarik ?

Jelas BN sekarang tidak ada modal kempen bila Pengarah Pilihanrayanya tidak bercakap tentang misi dan visa masa depan Hulu Selangor yang akan dibawa oleh calonnya tetapi bercakap mengenai perkara remeh temeh dan tafsiran karut.

Tambahan pula sekiranya benar nama 1Malaysia ada kepada calon BN, kenapa tidak cuba tafsirkan nama pengasas mazhab 1Malaysia iaitu Najib. Setakat ini saya tidak ada idea untuk menafsirkan, dan kita serah kepada Muhyiddin untuk menfsirkannya, dia pakar dalam bidang itu.

Selain itu serangan peribadi yang melampau kepada Calon Pakatan Rakyat menggambarkan BN sudah tidak ada modal.

Mempersoalkan calon PR yang dituduh tanpa bukti minum arak seperti yang disebutkan oleh Ali Rustam semalam adalah susuatu yang sangat malang dalam majlis kempen terbuka BN. Kerana tindakan menyerang peribadi adalah tindakan orang yang sudah hilang marauah dan jati diri. Islampun melarang perkara sedemikian.

Berapa ramaikah pemimpin Pakatan Rakyat yang minum arak berbanding dengan pemimpin UMNO dan BN ? kalau soalan ini di tanyakan kepada orang yang masih waras pemikirannya pasti jawapannya saudara juga boleh menjawabnya.

Ternyata PR masih konsisten dengan kempen yang bertenaga dan menawarkan sesutu untuk membela nasih pengundi di Hulu Selangor. Kesabaran dan kesungguh seluruh jentera Pakatan Rakyat dari PKR, PAS dan DAP untuk memenangkan calon nya adalah atas dasar tawaran bahawa kita mesti melakukan perubahan besar dan ianya mestilalah bermula di Hulu Selangor.

Ianya diyakini mampu dilaksanakan oleh calon Pakatan Rakyat Zaid Ibrahim.

Kalau begitulah cara kempen BN sejak awal setelah penamaan calon, nampaknya BN sudah menunjukkan ianya sudah tidak ada modal untuk berkempen apalagi untuk memajukan rakyat di Hulu Selangor..

Semuga kita tidak mengukut trend BN yang menyerang peribadi calon dan pemimpin PR.

5 ulasan:

  1. alahai!!mak si kamalanathan ngan ayahnya tak ada pulak mengesahkan nama anak mereka semacam itu.kalau iya pun nak kelentong muhyid serta kaum muhyidan ni janganlah sampai bahlol gaban,otak tarak.mak ayahnya pun tak pulak mengajar anaknya sikamalanathan ni menipu macam itu.siakap senohong gelama ikan duri bercakap bohong muhyidin jadi menteri.SYABAS!! zaid yang keluar dari cengkaman bn/umno serta sudah taubat atas kemungkaran bangun melawan mereka atas kebenaran,rakyat akan terus berjuang bersama kamu.demi ini LAWAN RAKYAT AKAN TERUS LAWAN.

    BalasPadam
  2. heheheh mcm MP Kalabakan cakap mana sekolah dia belajar.....keh keh keh

    BalasPadam
  3. Melayu Felda khususnya telah membuktikan bhawa wang ringgit adalah lebih tinggi nilainya berbanding dengan maruah diri. Menolak calun HS orang seperti Zaid terang-terang menunjukkan mereka tidak pandai memilih antara kaca dan permata. Mereka sekali lagi termakan janji-janji palsu yang pernah pernah mereka disajikan. Alangkah sedihnya orang Melayu menolak seorang calun daripada kalangan mereka sendiri lain lah kalau menolak orang-orang seperti katak-katak yang melompat ke UMNO baru-baru ni ta ape juga tapi orang seperti Zaid yang mempunyai pendirian mereka menolak adalah sungguh malang. Ini jelas menunjukkan mereka ini masih boleh tertipu oleh dakyah yang di bawa oleh media arus perdana. Betui kata Mahadey, orang melayu mudah lupa.Mereka lupa banyak perkara termasuk yang mereka di tipu selama 52 tahun oleh UMNO. Anak ke Universiti pun kena pinjam PTPTN.Kenapa UMNO tidak membiayai pendidikan percuma ke universiti?? Anak kita belum tamat pengajian sudah ada menanggung beban hutang. Nanti kerja esok, banyak lagi beban, seperti kereta ( sebab tiada kenderaan awam yang boleh di harap). Khir Toyo guna wang rakyat makan angin, beli rumah 24juta lupa ker wahai melayu. Saya kesian kaum saya yang masih mempercayai gossip dan fitnah walaupun ada media bebas tapoi ta mau ikut nak ikut juga TV3 suku itu. Syabas pada mereka yang tertipu. Tipah tertipu bang. kah kah kah.

    BalasPadam
  4. salam...biasalah dah nama pun 1malaysia...apapun tahniah pada pihak BN yg menang..

    BalasPadam
  5. dah klah dah lah...terima lah kekalahan dgn hati terbuka, bust kerja baik2, jgn jual nama islam utk mencapai cita2 politik... kalau menag seronok, bila kalah ya Allah, tipu lah rasuah lah, beli pengundi lah, pengundi hantu lah, cerita lama juga dibawa, tiada kesudahan,Orang kampong tahu siapa tipu siapa, biarkan rakyat tentukan, mereka bukan bodoh lagi, tiada siapa diperbodohkan, penyokong yg menang dikatakan bodoh, penyokong yg kalah lg lah bangang and bahlul kan.. cukuplah berhentilah menghina dan mencaci sesama islam. rasulullua tk pernah buat semua ni.. kalau kerajaan alah pun, ingatkan lah..tk pyh nak buat tindakan spt sekarang, sebenarnya kamu semua ni gila kuasa dan gila pangkat...klaau kamu buat baru betul, org lain buat semua salah. Tp sekadar cakap jelah, habuk pun tk do, tk maju pun negeri2 yg diperintah oleh kamu.. jgn ckp banyak, majukan dan makmurkan negeri negeri yg diperintah... kesimpulannya, kamulah pemecah umat islam di Malaysia. Yg untuk bangsa lain...tk bersyukur dgn nikmat yg Allah berikan...dh letih lah nk ckp, suka hati kau org lah..Tp kalau benarlah Pas tu diredha Allah, dan kalau benarlah BN tu teruk sgt, mesti Allah dh restu perjuangan kamu,..kenapa kalah, sebab Allah tk rstu.

    BalasPadam