Jumaat, 16 April 2010

Bersama Nelayan Pangkor


Satu lawatan kerja telah dibuat ke Pulau Pangkor pada 6 April 2010. Dalam lawatan itu saya berpeluang untuk berjumpa dengan beberapa orang nelayan. Mereka berasa gembira untuk membawa saya ke jeti di mana ikan dibawa turun dari bot-bot mereka. Saya dapat melihat sendiri bagaimana ikan dibawa ke darat dan proses pengasingan ikan yang dijalankan di situ. Mereka bekerja keras untuk mencari sumber pendapatan dalam keadaan yang serba kekurangan.

Pulau Pangkor sebenarnya indah kata dari rupa. Tidak ada projek pembangunan yang menjadi kemegahan penduduk pulau itu. Jika dibandingkan dengan Pulau Langkawai, Pulau Pangkor tidak ada tempat dalam kemajuan sosio-ekonomi. Kebanyakkan daripada penduduk bergantung kepada hasil tangkapan laut. Selain daripada itu, tidak nampak aktiviti ekonomi lain secara menanjol. Terdapat banyak kedai-kedai makanan laut dan hasi laut. Inilah kebanggaan Pulau Pangkor sehingga ke hari ini.

Kerajaan BN tidak mempunyai perspektif untuk menjadikan Pangkor sebuah pulau yang terunggul di Negeri Perak. Walaupun pulau ini mempunyai potensi pelancongan yang tinggi, tetapi tidak ada insiatif daripada pihak kerajaan untuk membangunkan industri pelancongan secara menyeluruh. Dalam erti kata lain, pelancongan dibuat secara industi kecil-kecilan sahaja walaupun pulau ini mempunyai keindahan semulajadi yang boleh menarik pelancong asing.

Tambahan pula, kebersihan Pulau Pangkor juga perlu diberi keutamaan jika pihak kerajaan benar-benar serius dalam membangunkan pulau ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan