Jumaat, 2 Ogos 2013

Wakil Rakyat DAP anjurkan Moreh Di Siputeh

Kenyataan Media V.Sivakumar Ahli Parlimen Batu Gajah & Timbalan Pengerusi DAP Perak pada 1/8/2013 di Siputeh

Wakil Rakyat DAP anjurkan Moreh Di Siputeh



Seperti tahun-tahun yang lepas DAP telah menganjurkan program buka puasa bersama rakan-rakan  muslim di Surau Al-Ihsaniyah At-Talamiziyah, Siputeh. Ahli Parlimen Batu Gajah V.Sivakumar telah membuat program moreh pada 31/7/2013 diikuti oleh ADUN Tronoh Yong Choo Kiong pada 1/8/2013. Ini merupakan program tahunan DAP sejak tahun 2008. Program berbuka puasa anjuran DAP ini merapatkan hubungan wakil rakyat dengan penduduk tempatan. Tambahan pula, ini juga mengeratkan muafakat antara kaum dan agama. Orang-orang kampung rasa mesra dengan pemimpin  DAP yang sebenarnya bukan anti Islam dan anti Melayu seperti yang sentiasa diungkitkan oleh pihak- pihak yang tidak bertanggung jawab.

Persengketaan antara kaum dan agama dalam negara ini adalah pendekatan politik pihak- pihak yang tidak bertanggungjawab. Golongan ini sentiasa menimbulkan isu- isu sensitif  supaya rakyat negara kita dapat dipecahkan dan membolehkan mereka terus berkuasa. Dalam mencapai agenda politik mereka yang berniat jahat itu, parti DAP sentiasa dimangsakan sebagai anti Islam dan anti Melayu. Mereka ini juga menggunakan media arus perdana seperti Utusan Malaysia dan TV3 untuk menyebarkan perkara- perkara sensitif yang menyakitkan hati sesuatu kaum dan menimbulkan kemarahan mereka.




Sebagai contoh, sebaik sahaja tamat PRU13, Utusan Malaysia  menerbitkan satu artikel yang tebal semangat perkaumannya  yang bertajuk 'Apa lagi Cina Mahu?' Setakat ini tidak ada apa-apa tindakan yang diambil oleh Kerajaan terhadap akhbar yang sentiasa menabur fitnah dan menimbulkan perasaan marah diantara kaum. Mungkinkah kerajaan sendiri terlibat secara langsung dan menaja Utusan Malaysia mengeluarkan rencana-rencana berbaur perkauman itu? Rakyat dapat membuat penilaian sendiri siapa yang benar dan siapa yang salah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan