Ahad, 25 Ogos 2013

Rebut Najib's lies



Kenyataan sidang media Ketua Whip DAP dan Ahli Parlimen Seremban, Loke Siew Fook pada 19 Ogos 2013 di Ibupejabat DAP, Kuala Lumpur



Kenyataan Perdana Menteri dan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat lepas berhubung dengan isu pemilihan semula CEC DAP mengesahkan terdapat usaha di peringkat tertinggi untuk melakukan satu komplot politik untuk memusnah dan melenyapkan DAP dari arena politik Malaysia. Najib sendiri telah “menghalalkan” penipuan yang telah disebar dan diulangi ratusan kali oleh agen-agen propaganda UMNO selama beberapa bulan ini dengan kenyataan beliau seperti berikut:
“Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, DAP adalah parti yang tiada kredibiliti kerana kononnya mengamalkan prinsip demokrasi namun pemimpin mereka tidak berani mengamalkan prinsip tersebut di dalam parti sendiri.

Perdana Menteri berkata, ini kerana seramai 753 perwakilan DAP yang berhak hadir pada pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) tidak dimaklumkan untuk hadir dan jumlah itu bukan suatu jumlah yang kecil.”
(Utusan Malaysia 16 Ogos 2013)
Kenyataan tersebut daripada Najib dilihat sebagai alasan yang digunakan oleh ROS untuk mengarahkan DAP mengadakan pemilihan semula walaupun pihak ROS tidak pernah memberikan sebarang alasan secara bertulis dalam surat mereka kepada Setiausaha Agung DAP. Saya ingin menegaskan alasan tersebut adalah satu “kesalahan yang direka” yang tidak berasas sama sekali dan satu penipuan berterusan yang telah diulangi beratus kali sehingga ROS menggunakan ia sebagai “senjata” untuk menghukum DAP.
Saya ingin mendedahkan bukti untuk membongkarkan penipuan ini. Perlembagaan DAP mewajibkan 2 notis dikeluarkan untuk mengadakan Kongres Kebangsaan Parti iaitu;
a)      Fasal V111 (6) – Sekurang-kurangnya sepuluh minggu sebelum tarikh yang ditetapkan untuk Kongres Kebangsaan Parti, Setiausaha Agung Parti hendaklah memberitahu secara bertulis semua Setiausaha Cawangan tarikh yang ditetapkan untuk Kongres Kebangsaan Parti dan menarik perhatian mereka kepada Fasal Kecil 7 dan Fasal Kecil 13 FASAL ini.

b)      Fasal V111 (9) – Sekurang-kurangnya sepuluh hari sebelum Kongress Kebangsaan Parti atau tujuh hari sebelum Kongres Khas Parti, Setiausaha Agung hendaklah memberitahu semua Wakil dan Cawangan-cawangan yang berhak menghantar Wakil ke Kongres mengenai urusan-urusan yang hendak dijalankan.
Kedua-dua notis tersebut telah pun dikeluarkan oleh Ibupejabat DAP mengikut kehendak dalam Perlembagaan Parti dalam masa yang ditetapkan. Bukti penghantaran melalui pos ditunjukkan dalam sidang media.
753 perwakilan yang berhak hadir tidak dimaklumkan yang didakwa oleh Najib adalah satu penipuan kerana angka tersebut adalah perwakilan yang tidak di Kongres Kebangsaan Parti pada 15 Disember 2012 di Pulau Pinang. Bagaimanakah Najib boleh membuat kesimpulan bahawa perwakilan yang tidak hadir pada hari tersebut disebabkan mereka tidak dimaklumkan? Hakikatnya, hanya beberapa perwakilan sahaja yang membuat aduan kepada ROS bahawa mereka tidak mendapat notis tersebut.
Pihak ibupejabat DAP telah mengumpul lebih 500 surat pengesahan yang ditandatangani oleh wakil-wakil yang tidak hadir untuk mengesahkan bahawa mereka telah menerima notis tersebut tetapi mereka tidak dapat hadir di atas peribadi. Bukti-bukti tersebut ditunjukkan dalam sidang media ini.
LOKE SIEW FOOK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan