Kenyataan Media YB V.Sivakumar,
Timbalan Pengerusi DAP Perak, ADUN Kawasan Tronoh pada 1/5/2012.
Gaji Minima Perjuangan Pakatan Rakyat
Perdana Menteri Najib Tun Razak
telah mengumumkan gaji minima sebanyak RM900 di Semenanjung Malaysia dan RM800
di Sabah dan Sarawak. Walaupun jumlah
ini tidak seperti yang disarankan oleh Pakatan Rakyat, tetapi
sekurang-kurangnya ada satu pendirian baru dalam isu gaji minima ini. Kerajaan
Barisan Nasional yang berdegil selama ini, akhirnya terpaksa tunduk kepada
tuntutan Pakatan Rakyat memperkenalkan gaji minima untuk rakyat Malaysia. Barisan
Nasional telah mengabaikan warga pekerja selama lebih 50 tahun. Ramai daripada
warganegara kita mendapat gaji bulanan yang terlalu rendah. Mereka tidak dapat menyara diri dan keluarga
mereka dengan pendapatan yang kecil itu. Tambahan pula dalam keadaan inflasi
yang semakin melonjak , golongan berpendapatan rendah ini akan tertekan dan menjadi
fakir miskin.
Walaupun kerajaan sedar tentang
masalah yang dibangkitkn, tetapi tidak pernah mempedulikan nasib
pekerja-pekerja yang malang ini. Barisan Nasional lebih mementingkan
majikan-majikan kaya raya yang sebahagian besar daripadanya merupakan kroni
mereka. Barisan Nasional tidak pernah
memikirkan kebajikan dan keselamatan pekerja-pekerja yang bergaji rendah.
Pekerja-pekerja juga telah bosan dengan kerajaan Barisan Nasional yang angkuh
dan tidak bertimbang rasa.
Pihak Pakatan Rakyat pula dari
dulu lagi mendesak kerajaan supaya
mewujudkan dasar gaji minima. Ini merupakan tuntutan dan perjuangan Pakatan Rakyat untuk warga
pekerja yang berpendapatan rendah. Sebelum wujud Pakatan Rakyat, ketiga-tiga
parti DAP, PAS dan PKR sudah pun memperjuangkan gaji minima dalam kapasiti parti masing-masing. Setelah Pakatan Rakyat
diwujudkan, perkara ini telah dijadikan isu bersama dan terus diperjuangkan
oleh pimpinan Pakatan Rakyat. Walau bagaimanapun, Pakatan Rakyat menuntut
supaya gaji minima sebanyak RM1100 di Semenajung Malaysia dan RM 900 untuk
Sabah dan Sarawak.
Pakatan Rakyat mengumumkan dasar
gaji minima yang akan dilaksanakan apabila memegang Putrajaya. Perkara ini
tidak disenangi oleh pemimpin-pemimpin Barisan Nasional. Ada diantara
pemimpin-pemimpin Barisan Nasional seperti Tun Mahathir mendakwa negara akan
muflis jika dasar gaji minima ini diperkenalkaan. Ini adalah ugutan untuk
menakutkan rakyat malayia. Ramai juga orang menjadi keliru dengan kenyataan yang tidak bertanggungjawab ini.
Negara tidak akan muflis, selagi tidak ada rasuah dan ketirisan dalam pentadbiran kewangan negara,
Oleh kerana desakan Pakatan
Rakyat , Barisan Nasional terpaksa mengumumkan dasar gaji minima pada Hari Pekerja. Pada pandangan saya
, ini adalah satu lagi projek Najib Tun
Razak di bawah program ‘I help you, You help me’. Walau bagaimanapun, Pakatan
Rakyat telah mencapai separuh kejayaan apabila Perdana Menteri terpaksa tunduk kepada
permintaannya melaksanakan dasar gaji minima. Kekuatan Pakatan Rakyat selepas
PRU 12 menyebabkan kerajaan Barisan Nasional terdesak untuk menetapkan gaji
minima untuk warga Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan