Khamis, 24 Mei 2012

Benarkah MIC Membantu Penternak & Petani?






Kenyataan Media YB V.Sivakumar , Timbalan Pengerusi DAP Perak dan ADUN kawasan Tronoh pada 23/5/2012 di Ipoh
Benarkah MIC Membantu  Penternak & Petani?
Ramai orang-orang India melibatkan diri dalam aktiviti penternakn lembu dari zaman British lagi.  Walaupun  kerja menternak lembu ini adalah berat dan cukup payah tetapi masyarakat India telah rajin mengusahakan kegiatan ini. Jika kerajaan memberi bantuan dan sokongan yang sewajarnya kegiatan ini dapat diperluaskan dan meningkatkan  lagi ekonomi kaum India di negara ini. Tetapi, kerajaan Barisan Nasional tidak prihatin terhadap golongan penternak dari kalangan kaum India.  Mereka tidak diberi peluang, bantuan dan sokongan yang sewajarnya. MIC juga tidak memainkan peranan  yang secukupnya untuk membantu kaum India yang terlibat dalam aktiviti penternakan lembu.
Seringkali  penternak-penternak  dari kalangan kaum India tidak diberi  lembu-lembu percuma yang dibekalkan oleh kerajan melalui Jabatan Haiwan. Mereka dianak tirikan oleh kerajaan Barisan Nasional. Jika, kenyataan saya tidak benar, saya mencabar Datuk S.Veerasingam, Penasihat Khas Kepada Menteri Besar Perak untuk mendedahkan beberapa statistik mengenai pemberian lembu-lembu  percuma ini. Saya mahu beliau memberitahu berapakah jumlah lembu-lembu yang diberikan percuma oleh kerajaan kepada peneternak-penternak melalui Jabatan Haiwan Kampar pada 2011. Daripada jumlah itu, berapakah  jumlah lembu yang diberikan kepada penternak-penternak kaum India. Beliau juga harus memberitahu berapakah orang  penternak lembu dari kalangan kaum India yang manfaat daripada program bantuan kerajaan ini.
Saya difahamkan Jabatan Haiwan Kampar juga akan memberikan lembu-lembu percuma kepada penternak-penternak lembu pada tahun ini. Saya mahu Datuk S.Veerasingam membuat pengumuman berapakah orang penternak dari kalanagan orang  India yang akan dimasukkan nama untuk mendapat bantuan lembu ini? Jika beliau gagal menjawab soalan-soalan saya,  bermaksud beliau dan MIC telah gagal membantu  dan membela golongan penternak selama ini di negeri Perak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan