Jumaat, 2 September 2011

Program Keseniaan - Makkal Aatchi Malarattum - 27 Ogos 2011 - Pusing


YB V. Sivakumar memberi ucapan pembukaan di program Makkal Aatchi Malarattum - Pusing

YB V. Sivakumar bersama tetamu undangan Tn Hj Tasleem

Turut bersama di dalam program ini adalah Muadz (kump Salam) yang telah mendendangkan 2 buah lagu Tamil.
Kenyataan Media YB V.Sivakumar , ADUN Tronoh pada 1 September 2011

Malam Kesenian ‘Makkal Aachi Malarattum’

Program kesenian dan kebudayaan India dengan tema ‘Makkal Aachi Malaruttum’ telah dianjurkan oleh Pusat Khidmat DAP DUN Tronoh pada 27/8/2011.

‘Makkal Aachi’  bermaksud kerajaan rakyat  yang berteraskan prinsip-prinsip demokrasi  iaitu ‘kerajaan rakyat, oleh rakyat, untuk rakyat’. 

Program tarian dan nyanyian oleh artis-artis tempatan juga menghiburkan orang ramai. Program ini merupakan pertama kali diadakan di Gunung Hijau, Pusing untuk masyarakat India di kawasan ini.  Program ini mendapat sambutan yang baik daripada penduduk Batu Gajah dan sekitar. YB V.Sivakumar ADUN kawasan Tronoh telah mengucapkan terima kasih kepada jawatankuasa penganjur  kerana bertungkus-lumus menjayakan program ini. 

Datuk  Haji  Tasleem  dijemput sebagai tetamu khas  dalam program ini. Beliau dalam ucapannya telah mengkritik penggunaan novel Interlok  di peringkat SPM. Beliau mengatakan bahawa buku ini akan membawa perpecahan kaum dan tidak selaras dengan dasar kerajaan untuk membawa perpaduan di negara ini. Beliau menyarankan supaya kerajaan menggugurkan penggunaan novel Interlok sebagai mata pelajaran SPM.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan