Selasa, 21 Jun 2011

Jamuan Makan Malam DAP DUN Tronoh - 25 Jun 2011



Mesyuarat terakhir jawatankuasa jamuan makan malam DAP DUN Tronoh telah diadakan pada 20/6/2011.

Semua persiapan program sedang berjalan dengan lancar. Kami bercadang untuk mengadakan jamuan makan malam 100 meja di Pekan Batu Gajah. Tiket hampir selesai dijual di sekitar Batu Gajah.

Kami ingin mengucap terima kasih kepada semua penyokong dan penderma.


Jamuan akan diadakan di Tokong Sam Wong Kong, Pekan Lama Batu Gajah pada 25 Jun 2011 jam 7 malam.


Semua cawangan-cawangan DAP di DUN Tronoh telah terlibat untuk menjayakan program makan malam ini.


Penceramah-penceramah undangan di program ini adalah YB Gobind Singh, YB Teo Nie Ching, YB Tian Chua YB Ngeh Koo Ham, YB Nga Kor Ming dan YB V.Sivakumar.

Kami menjemput semua untuk hadir dan memberi sokongan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan