Ahad, 3 Januari 2010

Liga Bola Sepak Anjuran Belia Ara Payung



Kenyataan Media YB V.Sivakumar di Batu Gajah.

Liga Bola Sepak Belia Ara Payung

Belia DAP Ara Payung telah menganjurkan satu liga bola sepak pada 27 Disember 2009. Liga bola sepak 9 sebelah ini dianjurkan di Stadium Mini Batu Gajah berhampiran dengan Ibu Pejabat Polis. Pasukan-pasukan dari Batu Gajah, Pengkalan, Bota dan Ipoh telah datang untuk menyertai Liga Bola Sepak anjuran Belia DAP Ara Payung, Sebanyak 12 pasukan telah mengambil bahagian dalam dalam liga tersebut. Permainan di mulakan lebih kurang jam 8.30 pagi dan berakhir jam 5.00 petang.

Tujuan perlawanan ini diadakan untuk mengeratkan hubungan dan mewujudkan integrasi dikalangan belia-belia di kawasan ini dan persekitarannya. Semua pemain-pemain menunjukkan semangat kesetiakawanan dan kesukanan dalam perlawanan tersebut.

Perlawanan akhir berlangsung diantara pasukan Marleo F.C. dan Maxwell F.C. Marleo F.C. telah menewaskan Maxwell F.C dengan jaringan 2-0. Dengan itu, juara Liga Bola Sepak Belia DAP Ara Payung ialah pasukan Marleo F.C dan tempat kedua dimenangi oleh Maxwell F.C. Tempat ketiga pula dimenangi oleh YOB F.C.

Piala Pusingan Liga Bola Sepak Belia Ara Payung, disumbangkan oleh Ahli Dewan Negeri Tronoh, V.Sivakumar. Dalam pada itu, pihak penganjur juga telah memberi hadiah wang tunai sebanyak RM 500 kepada juara dan RM300 kepada pasukan yang memenagi tempat yang kedua.

Pihak penganjur bercadang untuk mengadakan program-program sukan seperti ini dari masa ke semasa untuk memberi galakkan kepada kaum belia setempat berkecimpung dalam aktiviti-aktiviti sosial dan kesukanan. Penganjur juga mengucapkan terima kasih kepada semua pasukan yang mengambil bahagian dalam perlawanan tersebut dan berharap lebih banyak pasukan akan terlibat dalam program-program akan datang.


Disediakan oleh

V.Sivakumar
28 Disember 2009

Tiada ulasan:

Catat Ulasan