Ahad, 3 Januari 2010

Dialog Dengan DAP Gerik



2 Januari 2009, Gerik- Satu program dialog telah diatur oleh 3 cawangan DAP di Gerik. Sessi dialog ini dimulakan dengan ucapan V.Sivakumar, selaku Penolong Setiausaha DAP Perak dan Timbalan Pengerusi DAPSY Perak. Selepas ucapan tersebut, ruang telah dibuka untuk menerangkan aktivi-aktiviti yang bakal dilaksanakan oleh ketiga-tiga cawangan itu. Selepas itu, sessi soal jawab telah diadakan. Cawangan-cawangan tersebut mengharapkan pucuk pimpinan dari peringkat negeri dan pusat membuat kunjungan dan memberi semangat kepada cawangan-cawangan baru ini. Mereka juga menanyakan tentang isu geran kekal tanah. Selain daripada itu, V.Sivakumar juga meminta supaya hubungan antara ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat dieratkan lagi di kawasan Gerik. Sessi dialog ini berlangsung lebih kurang 1 jam. Selapas itu, V.Sivakumar dan ahli-ahli cawangan DAP di Gerik berjamu selera di sebuah restoran di Pekan Gerik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan