Ahad, 8 November 2009

Rakyat Mahu Kerajaan Yang Sah Di Perak


Teluk Intan, 8 November - Pakatan Rakyat Teluk Intan telah menganjurkan Jamuan Makan sempena Deepavali di Dewan SJK (C) San Min. Program bermula pada 11.00am dan tamat pada 2.00pm. Dihadiri oleh masyarakat tempatan yang terdiri daripada pelbagai kaum. Antara pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang turut hadir ialah YB Lim Kit Siang, YB M.Kulasegaran, YB Manoharan, YB V.Sivakumar, YB Seah Leong Peng, YB Anuar Sudin dan Yang Bahagia Sdr Mustafa Kamil Ayob.

Dalam ucapanya, YB V.Sivakumar meminta supaya kembalikan hak rakyat. Adakan pilihanraya untuk seluruh negeri Perak. Biar rakyat menentukan siapakah kerajaan yang sah memerintah negeri Perak. Inilah satu-satunya cara untuk mengakhiri kemelut politik negeri Perak yang berpanjangan.

V.Sivakumar juga menegaskan bahawa 28 orang ADUN Pakatan Rakyat bersedia menghadapi pilihanraya. Kenapa 28 orang ADUN BN tidak berani menyahut cabaran dan turun gelangang pilihanraya? Jika pilihanraya tidak diadakan masalah ini tidak boleh diselesaikan. Mahkamah tidak boleh menentukan siapakah kerajaan yang sah. Dalam sebuah negara demokrasi, rakyatlah yang berhak menentukan kerajaan yang memerintah. Kerajaan itu seharusnya dipilih oleh rakyat melalui proses demokrasi dan bukan secara 'lompat katak'.

Apa yang berlaku di negeri Perak adalah bertentangan dengan asas demokrasi iaitu 'kerajaan rakyat, oleh rakyat, untuk rakyat'. Akibatnya kredibiliti banyak agensi-agensi kerajaan tercalar contohnya SPRM, PDRM, SPR dan Mahkamah. Satu-satunya mujarab untuk baik pulih keadaan ini ialah dengan mengadakan pilihanraya semula.

5 ulasan:

  1. Semoga Pakatan Rakyat akan musnah PRU13 nanti. Ya Allah engkau kalahkan lah YB Ir Nizar jika ada snap election nanti... Aminn

    BalasPadam
  2. syabas tuan speka...teruskan berjuang!

    BalasPadam
  3. jangan diikutkan perasaan...

    turun je klu sultan tak berkenan...

    daulat nanti...

    tunggu PRU-13...

    kalau rakyat masih sudi dgn PKR ada laaa...

    klu dah mandat pihak ke BN...

    Jgn la berbaring atas jalan...

    BN pun terima je kalah PRU-12...

    Tak baring atas jln pun...

    BalasPadam
  4. Kerajaan yang ada sekarang adalah kerajaan yang sah. Insyallah PR akan dikalahkan pada snap election nanti. YB Ir Nizar menyakitkan hati, tak hormat pada sultan perak.

    BalasPadam
  5. alhamdulillah...semoga tuan teruskan bersabar

    BalasPadam