Isnin, 2 November 2009

Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Ad Hoc Siasatan Tragedi Kuala Dipang


Kenyataan Media V.Sivakumar pada 2 November 2009

Mesyuarat Jawatankuasa Ad Hoc Siasatan Tragedi Kuala Dipang
Jawatankuasa Ad Hoc Siasatan Tragedi Kuala Dipang telah mengadakan mesyauarat pertama pada hari ini di Pejabat Pakatan Rakyat Ipoh. Mesyuarat dihadiri oleh YB V.Sivakumar sebagai Pengerusi dan Ahli-ahli Jawatankuasa lain yang terdiri daripada YB Thomas Su, YB Chang Lih Kang dan YB Idham Lim.

Dalam mesyuarat tersebut semua strategi atau langkah-langkah penyiasatan telah dibincang dan diatur secara sepenuhnya. Jawatankuasa akan mengumpul data-data, laporan dan semua perkara-perkara relevan berkaitan dengan insiden jambatan runtuh di Kuala Dipang pada 26 Oktober 2009. Laporan sepenuhnya dijangka siap pada 15 Oktober 2009.

Jawatankuasa Ad Hoc juga bercadang untuk mengadakan pendengaran awam (public inquiry) untuk membantu penyiasatan dengan lebih sempurna. Tarikh, masa dan tempat pendengaran awam belum ditetapkan lagi oleh oleh Jawatankuasa. Pendengaran awam ini adalah penting supaya orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan dengan kejadian tersebut boleh menyalurkan maklumat tersebut kepada jawatankuasa. Ia juga memberi peluang kepada pakar-pakar dan orangramai untuk memberi maklumat dan pandangan mereka berkaitan dengan kejadian tersebut.

Jawatankuasa ini akan menjalankan penyiasatan secara telus supaya orangramai akan mengetahui perkembangan ataupun progres dari masa ke semasa. Jawatankuasa juga berharap supaya semua pihak yang terlibat memberi kerjasama dalam hal ini. Disamping itu, Jawatankuasa juga sedang mengatur tenaga pakar untuk membantu dalam aspek-aspek teknikal.

Jawatankuasa berasa amat kecewa kerana sehingga ke hari ini, banyak perkara telah dikaburi daripada pengetahuan orangramai mengenai insiden ini. Satu daripada persoalan yang masih tidak dijawab oleh pihak berkuasa ialah berkaitan dengan identiti kontraktor yang membina jambatan tersebut. Kenapa pihak berkuasa tidak mahu mengumumkan identiti kontraktor? Perkara ini tidak seharusnya dirahsiakan atau dilindungi daripada pengetahuan orang awam. Rakyat berhak untuk mengetahui hal ini dengan serta-merta. Selagi identiti tersebut tidak diumumkan, ia nampak seperti ada pihak yang cuba menyembunyikan sesuatu.


V.Sivakumar

1 ulasan:

  1. John Hendriks (0129057898)3 November 2009 pada 8:17 PG

    The foundation is suspect and did correct method of construction is followed through during the period. The engineer's report as well as soil investigation report is adhered by the contractor or not.
    Precaution for safety of the bridge is taken into consideration. The people involved in the construction is also important.

    BalasPadam