Ahad, 1 November 2009

Jawatan Ad Hoc Untuk Menyiasat Tragedi Kuala Dipang


Kenyataan Media YB V.Sivakumar pada 1 November 2009

Jawatankuasa Ad Hoc Siasatan Tragedi Kuala Dipang

Tragedi Kuala Dipang telah meragut nyawa 3 kanak-kanak sekolah yang tidak berdosa. Kanak-kanak ini menghadiri ‘Kem 1Malaysia’ yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran. Sejumlah 298 kanak-kanak telah mengambil bahagian dalam program ini. Program ‘Kem 1Malaysia’ di Kuala Dipang dihentikan setelah berlakunya insiden keruntuhan jambatan tali yang amat menyedihkan pada malam 26 Oktober 2009. Ia tidak boleh dipandang ringan dan perlu penyiasatan yang teliti. Perkara seperti ini tidak boleh berulang di masa-masa akan datang. Oleh itu, ia sewajarnya diberi perhatian yang serius oleh semua pihak yang terlibat.

Pakatan Rakyat telah menubuhkan satu Jawatankuasa Ad Hoc untuk meneliti dan mengkaji secara terperinci berkaitan dengan insiden Kuala Didang. Penyiasatan akan dibuat dalam pelbagai aspek terutamanya dari segi punca kejadian tersebut. Selepas kajian, satu laporan akan dibuat dan diserahkan kepada Menteri Pelajaran dan pihak-pihak tertentu yang akan ditetapkan kemudian.

Kami akan berunding dengan pakar-pakar tertentu untuk mendapatkan pandangan ikthisas mereka berkaitan keruntuhan jambatan tersebut. Laporan progres akan dibuat melalui media dari masa ke semasa. Dijangka Laporan Jawatan Kuasa Ad Hoc diselesaikan dalam tempoh 2 minggu iaitu pada 15 November 2009. Kerja-kerja penyiasatan akan dimulakan dengan serta-merta. Maklumat asas berkaitan dengan insiden ini sudah pun kita perolehi.

Saya bersama-sama denga YB Thomas Su, YB Chang Lih Kang, YB Keshvinder Singh dan YB Chan Ming Kai berada di tempat kejadian tersebut pada malam itu.

Adalah tidak wajar untuk Kementerian Pelajaran untuk membuat siasatan ini kerana ia adalah pihak yang berkepentingan dan mempunyai kaitan dengan isu yang dibangkitkan. Oleh itu, satu laporan pihak ketiga adalah perlu untuk memastikan keadilan untuk ketiga-tiga mangsa yang terlibat dan keluarga mereka.

Jawatankuasa Ad Hoc ini akan diketuai oleh V.Sivakumar . Anggota-anggota lain ialahYB Chang Lih Kang, mewakili ADUN Teja, mewakili PKR, YB Thomas Su, ADUN Pasir Pinji, mewakili DAP, YB Khalil Idham Lim, ADUN Titi Serong yang mewakili PAS. Keahlian jawatankuasa akan ditambah dari masa ke semasa mengikut keperluan.

V.Sivakumar

1 ulasan:

  1. Teruskan Usaha YB...saya sokong perkembangan dan usaha murni ini..anak Jati Perak,Selama

    BalasPadam