Selasa, 3 November 2015

Sebahagian daripada Teks Ucapan YB V.Sivakumar Ahli Parlimen Batu Gajah di Dewan Rakyat



Jangan Menafikan Ekonomi Negara Lemah

1. Dalam keadaan kelembapan ekonomi global, penurununan harga komoditi terutamaya minyak, kelapa sawit, getah dan penyusutan nilai ringgit, sudah pasti akan memberi kesan atau impak negatif kepada makro ekonomi negara secara keseluruhannya.

2. Kita juga mungkin akan menghadapi pengucupan dalam ekspot yang boleh mengganggu imbangan pembayaran negara. Hutang negara juga telah meningkat begitu mendadak dan menggerunkan. Ditambah pula dengan kenaikan harga barangan yang menjadi cubitan yang dirasai oleh semua lapisan masyarakat.

3. Tetapi, dalam ucapan bajet 2016 Perdana Menteri dengan beraninya memberitahu dewan yang mulia ini bahawa Malaysia mampu berkembang sebanyak 5.5% sepanjang tahun 2015. Diikuti pertumbuhan KDNK negara yang dijangka dapat berkembang pada kadar 4 hingga 5% pada tahun 2016. Perdana Menteri juga telah berhujah bahawa negara kita masih stabil, masih kukuh dengan economic fundamental dan terus berdaya saing.

4. Saya agak ragu-ragu tentang angka-angka dan kenyataan yang diberikanny  itu. Saya memohon kepada Menteri Kewangan untuk membuktikan faktor-faktor apakah yang mendorong untuk membuat unjuran yang sedemikian. 

5. Pada hemat saya, negara kita kini berada di ambang krisis ekonomi. Kerajaan harus mengelak daripada sindrom penafian yang boleh merugikan semua pihak. Kerajaan perlu memberitahu keadaan yang sebenar supaya rakyat boleh berhati-hati dalam menghadapi sebarang kemungkinan.

V.Sivakumar
Ahli Parlimen Batu Gajah

2 November 2015

Tiada ulasan:

Catat Ulasan