Isnin, 22 September 2014

Ramai Warga Emas & Ibu Tunggal Memerlukan Bantuan Kerajaan, Tetapi Peruntukan Kerajaan Tidak Mencukupi Untuk Membantu semua Pemohon Yang Benar-benar Memerlukannya



Kenyataan Media YB V.Sivakumar Ahli Parlimen Batu Gajah pada 19/9/2014 di Taman Badrishah, Ipoh


Telah mengadakan perjumpaan dengan rakyat di Taman Badrishah Ipoh pada 19/9/2014 dari jam 7pm himgga 9.30pmLebih kurang 50 orang daripada taman itu telah keluar untuk memberi pelbagai aduan dan memohon bantuan.

Ahli-ahli DAP Batu Gajah telah mendengar dan membantu mereka yang membuat aduan pada petang itu.

Antara masalah yang paling ketara ialah mengenai permohonan bantuan kebajikan.

Ramai diantara yang datang adalah dengan harapan untuk memperolehi bantuan kewangan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat

 Memang ramai diantara mereka memerlukan bantuan kerana keadaan sosio ekonomi yang amat mendesak. Terdapat juga kes-kes ibu tunggal dan warga emas yang ditinggalkan oleh anak-anak yang telah berpindah jauh daripada keluarga mereka.


Ada juga yang tidak bekerja dan mengharapkan bantuan pihak ketiga untuk menyara hidup.

Mereka ini tidak dibantu oleh mana-mana pihak. Permohonan yang dibuat sebelum ini juga pernah ditolak oleh jabatan kebajikan masyarakat.

Pejabat saya iaitu Pusat Khidmat DAP Parlimen Batu Gajah akan membantu mereka yang benar-benar memerlukan membuat permohonan bantuan kewangan jabatan kebajikan masyaraka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan