Jumaat, 19 April 2013

SIAPA BERTANDING DAN DI MANA?


Nizar Sah Tanding Di Changkat Jering, Koo Ham Dan Kor Ming Tanding Kerusi Parlimen, DUN


Sumber : Perak Today 18 April 2013

Keputusan itu dimuktamadkan selepas PAS dan PKR mencapai kata sepakat untuk meletakkan Nizar sebagai calon meskipun sebelum ini berlaku bantahan di peringkat akar umbi termasuklah di kalangan pemimpin dan penyokong PAS Bukit Gantang sendiri yang mahu calon tempatan diketengahkan pada pilihan raya kali ini.

Pakatan Rakyat (PR) Perak sebentar tadi mengumumkan senarai calon yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang mana menyaksikan Timbalan Pesuruhanjaya PAS negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sah bertanding kerusi DUN Changkat Jering.
Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham pula akan mempertahankan kerusi Parlimen Beruas dan DUN Sitiawan yang dimenanginya pada pilihan raya 2008.
Manakala Setiausaha DAP negeri, Nga Kor Ming juga akan mempertahankan kerusi Parlimen Taiping tetapi berpindah dari DUN Pantai Remis ke DUN Kepayang dalam Parlimen Ipoh Timur.
Bekas Speaker PR, V Sivakumar pula akan bertanding Parlimen Batu Gajah manakala Thomas Su di Parlimen Ipoh Timur dan M Kulasegaran kekal mempertahankan kerusi Parlimen Ipoh Barat yang dimenanginya pada 2008.
Untuk calon PKR pula, Pengerusinya, Dr Muhammad Nur Manuty akan bertanding di Parlimen Bagan Serai, sekaligus menamatkan spekulasi akan berlaku pertandingan tiga penjuru di kawasan itu.
Ini berikutan tindakan pemimpin dan penyokong PAS Bahagian Bagan Serai sebelum ini yang mahu kerusi itu diserahkan kepada parti tersebut.
Bagaimanapun, PR Perak tidak mengumumkan calon yang bakal bertanding di kerusi Parlimen Sungai Siput meskipun sebelum ini Dr Jeyakumar yang mewakili Parti Sosialis Malaysia (PSM) berhasrat mempertahankan kerusi yang dimenanginya pada 2008.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan