Kenyataan Media YB V.Sivakumar , Timbalan Pengerusi DAP Perak, ADUN Kawasan Tronoh pada 1/2/2012 di Ipoh
Kaum India Semakin Susut Dalam Sektor Awam
Pengambilan kakitangan awam masih tidak menunjukkan sebarang gajakan positif untuk kaum India di negara ini. Kaum India adalah antara golongan terpinggir dalam pembangunan dan kemajuan ekonomi negara. Sebilangan besar daripada kaum India masih berada di bawah garis kemiskinan dan tidak dapat bersaing kerana beberapa faktor . Satu daripada faktor utama ialah mereka tidak diberi peluang pekerjaan dalam sektor awam. Pada satu ketika dahulu ramai yang bekerja dalam sektor awam. Tetapi, mengikut peredaran masa bilangan pekerja dari kalangan orang-orang India semakin berkurangan. Sering kali, kita dapat melihat di Jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan tertentu langsung tidak mempunyai pekerja India. Kenapakah ini berlaku? Ini sudah semestinya akibat dasar diskriminasi yang diamalkan oleh kerajaan Barisan Nasional yang mempunyai agenda tersendiri. Barisan Nasional telah berjaya mengurangkan pengambilan pekerja-pekerja India secara strategik dalam tempoh 50 tahun sejak kemerdekaan.
Pemimpin-pemimpin UMNO yang mempunyai semangat perkauman yang tebal telah menindas kaum India di negara ini. Perkara ini tidak boleh dinafikan oleh sesiapa pun termasuk pemimpin-pemimpin MIC. UMNO telah memperalatkan pemimpin-pemimpin MIC untuk menipu masyarakat India untuk kepentingan politik mereka. MIC merupakan satu parti yang tidak mempunyai tulang belakang dan sanggup mengadai maruah bangsa sendiri untuk kepentingan politik UMNO. MIC tidak mempunyai prinsip dalam perjuangan untuk masyarakat India yang terpinggir di negara ini. Dalam tempoh 50 tahun, bilangan pekerja-pekerja India di sektor awam telah berkurangan dengan begitu mendadak. Pimpinan MIC tidak mempertahankan kedudukan masyarakat India dalam mengkongsi kuih ekonomi negara ini. Mereka hanya memberi perhatian dalam memenuhi ‘kocek’ masing-masing.
Apa gunanya MIC diberi jawatan Menteri Sumber Manusia? Tidak ada sebarang perubahan dalam pengambilan pekerja-pekerja baru dari kalangan masyarakat India ke dalam sektor awam negara ini. Sudah pasti jawatan Menteri Sumber Manusia itu adalah satu jawatan boneka yang tidak boleh membantu masyarakat India. Jawatan itu diberikan kepada MIC dengan muslihat mengkaburi kaum India di negara ini. Jawatan itu memberi harapan kepada masyarakat India bahawa banyak peluang pekerjaan sektor awam akan diberikan kepada orang-orang India. Akhirnya terbongkar juga bahawa Menteri Sumber Manusia hanya layak menjadi bahan hiasan dalam kabinet Malaysia. Segala janji-janji yang diberikan masih tidak ditunaikan lagi.
Kalau benar MIC dan Barisan Nasional membantu masyarakat India dalam memberi peluang pekerjaan dalam sektor awam, maka 3 persoalan berikut perlu dijawap oleh mereka;
1) Berapakah jumlah pekerja India yang berkhidmat dalam sektor awam pada masa ini?
2) Berapakah peratus pekerja India dalam sektor awam dibandingkan dengan jumlah keseluruhan kakitangan sektor awam.
3) Berapakah pengambilan pekerja baru dari kalangan kaum India di seluruh negara dan pecahan mengikut negeri pada tahun 2010, 2011 dam 2012.
UMNO sedang memperkudakan MIC untuk menipu masyarakat India. Jika orang-orang India masih tidak sedar tentang hakikat ini dan masih mengundi Barisan Nasional, maka tidak ada siapa pun yang boleh menyelamatkan masyarakat ini daripada masalah sosio-ekonomi yang parah pada masa akan datang.
tahun lepas. masyarakat India dijanjikan dengan jawatan kerajaan di SUK perak oleh veerasingam. tetapi satu orang tidak dapat. bagus veeranai
BalasPadamGreat YB Siva , we need to find out whether human resource minister has done anything for the indian community first before we shoot our doubts. Lets see the results from Dato Subra who is the current Human Resource Minister who is also a MIC leader
BalasPadamKesian orang India ditipu pemimpin mereka....
BalasPadam