Jumaat, 13 Ogos 2010

Keselamatan Lalulintas Di SMK Pusing, Batu Gajah


Kenyataan Media YB V.Sivakumar pada 12/08/2010Para murid-murid SMK Pusing berdepan dengan risiko kemalangan saban hari kerana mereka terpaksa bertarung nyawa untuk melintas Lebuhraya Ipoh-Lumut yang agak sibuk pada awal pagi dan juga waktu tengahari. Masalah ini telah timbul sejak mulanya pembinaan Lebuhraya Ipoh-Lumut. ramai ibubapa murid-murid yang kebanyakannya tinggal di Taman Pusing Baru serta para wakil NGO telah menyuarakan rasa kebimbangan serta ketdakpuasan terhadap keadaan ini kepada YB V.Sivakumar.


Menurut YB V.Sivakumar, setelah beliau menerima banyak aduan, perkara ini dibangkitkan oleh beliau kepada Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah pada September 2009. Beliau menyoal Pengarah JKR Perak apakah tindakan yang akan diambil pihak JKR untuk mengatasi masalah ini? Malah YB V.Sivakumar mencadangkan agar satu jejantas dibina berhampiran Taman Pusing Baru berhampiran SMK Pusing dan pada masa yang sama juga pihak JKR memberitahu bahawa permohonan telah dihantar kepada Unit Keselamatan Jalan JKR Malaysia dan sedang menanti kelulusan untuk mendapatkan peruntukan dana untuk pembinaan jejantas.


Setakat ini tidak ada sebarang tindakan yang munasabah dan konkrit diambil untuk menjamin keselamatan para murid-murid yang melintas lebuhraya ini untuk ke sekolah. Tetapi yang agak menyedihkan ialah kadar kemalangan di kawasan itu yang melibatkan murid-murid sekolah kian meningkat dari masa ke semasa. Pada bulan lepas seorang murid SMK Pusing telah dilanggar kereta semasa melintas lebuhraya. Beliau dimasukan ke hospital dengan kecederaan yang serius di kakinya dimana doktor terpaksa memasukan plet logam untuk membetulkan tulang yang patah. Manakala yang terbaru adalah pada 10/082010 dimana seorang murid dan datuknya dilanggar kereta semasa melintas lebuhraya dan kedua-duanya dimasukkan ke hospital. Kejadian kemalangan-kemalangan ini membuktikan keselamatan murid-murid yang terpaksa melintas lebuhraya ini memang tidak terjamin.


YB V.Sivakumar juga berkata beliau juga memasukkan satu soalan bertulis untuk Persidangan DUN yang berlangsung baru-baru ini. Beliau meminta bilakah peruntukkan akan diperolehi untuk pembinaan jejantas untuk memastikan keselamatan murid-murid SMK Pusing yang berjalan kaki serta berbasikal?Jawapan yang diberikan adalah Kerajaan Negeri telah memohon peruntukkan kepada Kementerian Kerja Raya Malaysia untuk membina jejantas di kawasan tersebut,namun tidak diluluskan kerana tiada peruntukkan. jadi kenapakah permohonan yang telah banyak kali diajukan sekian lama ini tidak dimasukkan kedalam Bajet 2010 Kerajaan Persekutuan?


Tambahan pula dalam jawapan bertulis,Kerajaan Negeri memberitahu bahawa persimpangan jalan ke SMK Pusing telah dinaiktarafkan dengan membuat pelebaran jalan dan mengadakan papan tanda serta membuat garisan jalan timbul untuk mengurangkan kelajuan kenderaan ditempat tersebut. Kerja-kerja ini telah dibuat dan disiapkan pada bulan Disember 2009.


Tetapi persoalan yang timbul adalah:-1) Adakah dengan mengadakan papan tanda serta garisan jalan timbul boleh menyelesaikan masalah ini?2)Garisan timbul tidak begitu efektif kerana tidak dapat mengawal kelajuan kenderaan di kawasan tersebut. Maka garisan timbul yang dibuat tidak "timbul" langsung dan hanya nampak cat kuning yang biasa sahaja di atas lebuhraya.


Cadangan yang dibuat oleh YB V.Sivakumar ialah satu jejantas harus dibuat dengan peruntukkan dari Bajet 2011 Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kerja Raya; tetapi dalam masa menunggu untuk peruntukkan diluluskan,keselamatan murid-murid tidak harus diabaikan.Dengan itu diminta pihak JKR Perak membaiki semula garis timbul dan meletakkan lampu amaran berkelip-kelip agar para pemandu yang menggunakan lebuhraya di kawasan tersebut boleh memperlahankan kenderaan mereka. Cadangan ini telahpun dibuat secara bertulis kepada JKR Perak dan Pegawai Daerah.YB V.Sivakumar juga telah menulis kepada Ketua Trafik Balai Polis Batu Gajah untuk menempatkan anggota polis trafik di kawasan tersebut untuk membantu memastikan keselamatan murid-murid pada masa sekolah bermula dan tamat.


Pada masa yang sama YB V.Sivakumar meminta para pengguna Lebuhraya Ipoh-Lumut agar nberhati-hati semasa melalui kawasan tersebut. Satu lawatan ke sekolah SMK Pusing untuk bertemu dengan Pengetua telah dibuat untuk menerangkan isu ini. Pada masa yang sama pihak PIBG harus mengambil perhatian yang serius dalam hal ini dan mengambil tindakan yang sewajarnya.


YB V.Sivakumar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan