Jumaat, 20 Ogos 2010

Cadangan DAP Memperbaiki Pelan Struktur Pembangunan Bandaraya Ipoh 2020



(Ipoh, 20-8-2010)


DAP Perak hari ini mengemukakan 15 candangan untuk memperbaiki Pelan Struktur Pembangunan Bandaraya Ipoh 2020 demi membentuk Ipoh sebagai Destinasi utama perlancongan, Bandar Pendidikan, Pusat makanan enat dan Bandaraya bersih, indah dan menawan.


Setiausaha Negeri DAP Perak, YB Nga Kor Ming hari ini bersama unit tindakan khas DAP mengemukakan kesemua 15 cadangan untuk memperbaiki pelan pembangunan tersebut seperti berikut: –


1. Pembangunan Industri—Menarik masuk bekalan Liquified Natural Gas(LNG) ke semua kawasan perindustrin utama Lembah Kinta, secara langsung mengurangkan kos pengeluaran dan meringankan beban pengusaha indsutri. Bekalan LNG akan menjadikan Ipoh lebih berdaya saing dalam penarikan perlaburan.


2. Pengangkutan Awam—Menyusun semula system pengangkutan awam Bandaraya Ipoh, penggemblengan/synergy antara Ipoh Central di Meru Raya, Medan Gopeng, Medan Kidd dan Stesen KTM Ipoh perlu dilakukan segera. Antara usaha adalah memastikan pihak pengusaha Ipoh Central melaksanakan terma kontrak melabur RM150 juta membeli 300 unit Bus baru berhawa dingin dan jalinan perkhidmatan menyeluruh, tepat masa, selamat dan murah dan mudah.


3. Pembangunan Perlancongan Rekreasi—Mendirikan pusat eco-tourism di zon Kawasan tanaman Limau Tambun, tubuhkan pusat penyelidikan Limau Tambun dan Farm-stay di zon tersebut, bersama Hot Spring Resort, menjana jenama perlancongan Ipoh.


Pendirian semula Pasar Awam Yau Tet Shin—Melaksanakan pertandingan reka bentuk terbuka untuk “The Octagon Hub ” di Pasar Yau Tet Shin. Merancang zon jalan kaki esklusif untuk para pelancong dan mendirikan pusat warisan budaya pelbagai kaum di kawasan berkenaan supaya ia kembali menjadi mercu tanda Bandaraya Ipoh.


5. Pusat Pendidikan Antarabangsa—Melakar zon tempat yang sesuai untuk mewujudkan kawasan pendidikan termasuk menarik pertubuhan Universiti, Kolej bertaraf Antarabangsa malahan International School yang baru. Dengan kos hidup munasabah, lokasi yang sesuai dan permandangan indah, Ipoh berpotensi sebagai pusat pendidikan masa depan.


6. Tapak perkuburan yang memadai—Adalah perlu MBI mengenal pasti tapak tanah perkuburan yang baru untuk menampung keperluan warga bandaraya termasuk warga Muslim dan bukan Muslim. Masalah kekurangan dan kesesatan Tapak Perkuburan Cina perlu diatasi segera.


7. Mendirikan tempat letak kereta awam yang baru dan laluan Basikal—Masalah kekurangan tempat letak kereta semakin meruncing dan perlu dibaiki. Selain dari membina tempat letak kereta awam yang baru, MBI harus merancang tempat mengadakan laluan basikal demi mengurangkan kesesakan trafik, pembaziran tenaga dan pencemaran alam sekitar.


8. Mendirikan muzium dan Historical lane nostalgia industri perlombongan Bijih Timah—Lembah Kinta pernah menjadi Destinasi utama Industri perlombongan Bijih Timah di seluruh dunia. Teknik dan cara perlombongan dan sejarah pembangunan Bijih Timah adalah bahan dan produk perlancongan yang berpotensi untuk dibangunkan.


9. Menambah pusat Rekreasi Awam dan Taman Awam yang baru—Dasar <1> perlu dilaksanakan dibawah Pelan struktur pembangunan untuk menggalakkan gaya hidup sihat dan cergas warga Ipoh. Kawasan perumahan Baru perlu diwajidkan menyediakan kemudahan bersukan dan Taman Awam seperti DR Park dan Polo Ground harus dipertambah dan diperluaskan ke semua zon pembangunan baru.


10. Menyediakan tempat beribadat yang cukup secara sistematik—Menghormati Islam dan menghayati kepelbagaian budaya dan agama yang diamalkan oleh rakyat dan selaras dengan wawasan 1 Malaysia, MBI perlu menetapkan dasar dan mengenal pasti tapak tempat beribadat yang cukup secara sistematik dibekalkan kepada warga Ipoh.


11. Mendirikan papan tanda jalan dalam 4 bahasa-Bahasa Melayu, English, Mandarin dan Tamil—Bahasa jiawa bangsa, kepelbagaian bahasa adalah khazanah dan warisan bangsa Malaysia. Papan Tanda dalam 4 bahasa akan menambah kemesraan kepada pelancong dan menunjukkan sikap keterbukaan pihak Majlis Bandaraya. Ia adalah satu kelebihan sebagai mana yang diamalkan oleh DBKL di Bukit Bintang dan MPP di Georgetown, Pulau Pinang.


12. Program Wimax Percuma-selaras dengan zaman internet dan pembangunan sains dan teknologi, adalah dicadangkan MBI melakarkan pelan tindakan melaksanakan program wimax percuma dikawasan Bandar. Kemudahan wimax yang percuma akan menyediakan satu suasana condusive untuk pelabur dan pelajar.


13. Menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah- Negeri Perak merupakan Negeri kedua terbesar di Semenanjung, bagaimanapun, kemunduran lapangan terbang yang sedia ada adalah batu penghalang kepada pembangunan Negeri. Adalah dicadangkan kerajaan perlu menyediakan pelan menaik taraf Lapangan Terbang Ipoh ke status Antarabangsa seperti Melaka, Pulau Pinang dan Kuching. Ini adalah kritikal terhadap penarikan pelabur Asing dan pengekportan produk dalam Negeri ke pasaran antarabangsa.


14. Pembinaan Tapak perlupusan Sampah yang mesra Alam Sekitar dan berteknologi moden—Masalan pengurusan Sampah adalah masalah rumit. Satu tapak perlupusan Sampah yang mesra Alam Sekitar dan berteknologi moden perlu dirancang untuk tempoh jangka masa panjang.


15. Pengendalian pilihanraya Kerajaan Tempatan, demokrasi untuk Rakyat—MBI perlu membuat rancangan rapi menghadapi pilihanraya kerajaan tempatan atas prinsip No tax without representation. Pilihanraya kerajaan tempatan adalah penting untuk membina sebuah kerajaan yang mesra rakyat dan mendampingi keperluan semasa rakyat. Pilihanraya Datuk Bandar telah lama diamalkan di Negara Thai, Bangkok, Taipei City, New York, Paris, London dan lain-lain Negara membangun.


YB Nga Kor Ming menggesa pihak kerajaan mengambil berat suara rakyat dan segala rancangan pembangunan perlu menjaga kepentingan awam dan bukan mengambil kepentingan kepentingan individu sahaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan