Rabu, 1 Julai 2009

Hanya 3.8% Peruntukan Pakej Rangsangan Ekonomi Untuk Perak


Perak, sebuah negeri yang besar di Semenanjung Malaysia hanya diberi peruntukan sebanyak 3.8% daripada jumlah keseluruhan Pakej Rangsangan Ekonomi 2009 iaitu RM 13.9 billion. Negeri-negeri yang mendapat peruntukan yang besar ialah Sarawak (11.7%), Johor (9.4%), Pahang (8.6%), Selangor (7.8%), Wilayah Persekutuan (6.4%), Sabah (6.3%) dan Negeri Sembilan (4.9%). Negeri-negeri yang di bawah Pakatan Rakyat yang lain diberi peruntukan yang lebih kecil.

Ini jelas membuktikan bahawa BN mengunakan taktik kotor untuk menghukum penduduk-peududuk yang menyokong Pakatan Rakyat dalam pilihanraya yang lalu. Kementerian Kewangan bertindak berat sebelah dalam mengagihkan pakej rangsangan mengikut negeri. Perak sebagai sebuah negeri yang besar dengan jumlah peduduk yang ramai perlu diberi keutamaan. Hanya RM 524 juta untuk negeri Perak jika dibandingkan dengan RM 1628 juta untuk Sarawak, RM 1306 juta untuk Johor dan RM 1188 juta untuk Pahang.

1 ulasan:

  1. KEADAAN EKONOMI DI BATU GAJAH SANGAT TERUK,TIADA PROGRAM YG DIBUAT OLEH PENGUASA TEMPATAN UTK MENOLONG PENIAGA KECIL SEPERTI SAYA,SEKARANG KEADAAN EKONOMI TERUK TEMPAT BERNIAGA TIADA,YG ADA PUN LESEN YG DI CAJ TERLAMPAU TINGGI MEMBEBANKAN PENIAGA,SAYA BERHARAP KEPADA PIHAK YG TERLIBAT SUPAYA MENGAMBIL LANGKAH YG BIJAK UTK MENOLONG PARA-PARA PENIAGA KECIL SPT SAYA.....

    BalasPadam