Rabu, 1 Julai 2009

Artikel 36A Undang-undang Tubuh Perak Dicabuli


V. Sivakumar akan terus menjadi Speaker Dewan Undangan Negeri Perak yang sah disisi undang-undang manakala R. Ganesan, calon lantikan Barisan Nasional adalah Speaker haram dan perampas kuasa. Kekosongan kerusi Speaker hanya akan berlaku dalam tiga keadaan iaitu :

sekiranya Sivakumar meletak jawatan,

beliau didapati tidak lagi layak memegang jawatan itu atau

DUN membuat keputusan menggantikan beliau,


Demikian menurut bekas Hakim Mahkamah Rayuan, NH Chan.Tiga syarat tersebut secara jelas terkandung dalam Artikel 36A(2) Perlembagaan Perak.

Chan berkata tafsiran Artikel 36A klausa 2(c),(d), 5 dan 6 dalam perlembagaan negeri itu jelas membuktikan bahawa kedudukan Sivakumar tidak boleh dirampas oleh mana-mana pihak.

“Kita membaca laporan media bagaimana Sivakumar dikasari oleh anggota polis untuk mengeluarkan beliau dari Dewan.

“Sivakumar boleh menyaman perampas kerusi Speaker, Ganesan yang mengaku bahawa beliaulah yang memanggil polis ke dalam DUN termasuk sesiapa sahaja yang bersubahat mengeluarkan beliau dari Dewan secara paksa,” kata bekas hakim itu.

Beliau juga menjelaskan menurut Artikel 36A(1) DUN tidak boleh membuat sebarang keputusan dalam ketiadaan Speaker selain bersidang untuk melantik Speaker yang baru.

“Oleh kerana Sivakumar tidak meletak jawatan, kedudukannya terbatal atau jawatannya dikosongkan atas keputusan Dewan maka beliau masih Speaker yang sah.

“Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan yang membuat kesilapan penghakiman boleh kata apa sahaja tetapi rakyat sudah tahu dan faham bahawa mereka telah menghina diri mereka sendiri dengan membuat keputusan yang tidak berasaskan undang-undang,” tegas Chan lagi.

4 ulasan:

  1. kah! kah! kah! berite yg tak kuar TV1-TV9

    Sari berita tak penting............
    Pahang Daily Online, sebuah portal berita yang popular, akan menfailkan saman malu balas berjumlah RM2 juta terhadap Mohd Saiful Azlan Bukhari kerana memfitnah dan menjejaskan kredibiliti laman itu.

    Seorang pengendali Pahang Daily memberitahu Suara Keadilan, saman berkenaan besar kemungkinan akan difailkan sebelum 15 Julai ini.

    Saiful sebelum ini memfailkan writ saman berjumlah RM2 juta ke atas penulis laman blog pahangdaily.blogspot.com kerana menyiarkan enam artikel bersabit aduan polisnya mendakwa kononnya beliau diliwat Anwar Ibrahim.

    Bagamaimanapun laporan Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Pusrawi mendapati tidak ada bukti klinikal Saiful diliwat sebagaimana yang didakwanya.

    Pahang Daily Online sebelum ini mendakwa Saiful menderita akibat kemaluannya bernanah dan sukar untuk membuang air kecil dan besar selepas melakukan sumpah laknat atau mubahalah pada 15 Ogos 2008.

    “Saiful mengugut mahu menyaman kami tapi sehingga ini tidak ada apa-apa tindakan dari beliau untuk membuktikan Pahang daily Online telah memfitnah beliau,” kata pengendali laman itu yang tidak mahu namanya disiarkan buat masa ini.

    “Jika dia senyap dan tidak ada tindakan susulan. Ini bermakna apa yang kami dakwa adalah betul. Kalau Saiful yakin dia dipihak yang benar, kami cabar beliau supaya meneruskan usaha saman itu kami,” tambah beliau.

    “Sekarang kami pula mahu menyaman dia kerana dakwaan yang dia buat bahawa kami memfitnahnya adalah tidak benar. Kredibiliti kami sebagai sebuah portal berita yang berwibawa telah terjejas kerana tindakan beliau tersebut,” tegas pengendali Pahang Daily Online.
    sumber: Suara Keadilan

    BalasPadam
  2. UM-no dah buang tabiat dan sudah hampir nak mampus,harap YB bersabar kerana yang hak tetap akan tetap hak......

    BalasPadam
  3. Dei Macha, lu kasi tutup lu punya mulut, porahh

    BalasPadam
  4. ATAS PAGAR kamu racist...

    siva tolong delete dia punya komen

    sekurang2 nya orang perak boleh berbangga ada 2 speaker

    satu yang menang di tronoh dan satu yang kalah...

    pelik nya banyak2 UMNO menang takder jawatan!!!

    HAHAHA

    Hidup pakatan rakyat perak!!!

    BalasPadam