Sabtu, 12 Julai 2014

Semakin Banyak Kes Jenayah Dilaporkan Tetapi Tidak Ada Penyelesaian, Dimanakah Kesilapannya?




Kenyataan Media YB V.Sivakumar Ahli Parlimen Batu Gajah & Timbalan Pengerusi DAP Perak pada 3 Julai 2014

Seorang warga emas yang bernama Saroja a/p Munisamy (71) telah datang ke Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Batu Gajah untuk membuat aduan bahawa rumahnya telah dimasuki pencuri pada 19 Mei 2014 di Taman Desa Bernam Baru, Hutang Melintang. Kejadian berlaku lebih kurang jam 9.30am ketika beliau sedang bersarapan pagi di rumahnya. Anak lelaki dan cucu perempuannya telah pergi ke kerja ketika itu. Mangsa berada keseorangan di rumah.

Tiba-tiba 2 orang lelaki India telah memasuki rumahnya. Seorang lagi dipercayai berada dalam kereta. Mereka telah menarik wanita tua itu masauk ke dalam rumah dan diugut dengan parang. Beliau kemudian telah diikat kaki dan tangannya. Mulutnya juga telah disumbat dan diikat dengan kain. Kedua-dua lelaki itu telah mengeladah seluruh rumah wanita tua itu. Mereka berjaya mencuri barang kemas bernilai lebih kurang RM100,000. Selain daripada itu, wang tunai bernilai RM400, Televisyen, DVD Player dan barang-barang lain juga turut dilesap.

Satu laporan polis telah dibuat oleh anak lelakinya pada hari kejadian. Wanita itu telah memberi maklumat yang penting kepada pihak polis berhubung dengan kejadian tersebut. Orang yang disyaki olehnya juga telah diberitahu kepada polis. Tetapi, setakat ini dirasakan seolah-olah tidak ada apa-apa tindakan yang diambil oleh polis dalam kes ini. Beliau telah dibawa untuk membuat kawat cam tetapi orang yang disyaki itu tidak ditangkap dan dibawa untuk menjalani prosedur tersebut.

Satu setengah bulan telah berlalu, setakat ini tidak ada apa-apa perkembagan dalam kes ini. Kes-kes jenayah semakin meningkat tetapi tidak ada penyelesaian bagi kes-kes yang dilaporkan. Saya telah menulis surat kepada Ketua Balai Hutan Melintang dan Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Paramasivam untuk memberi maklum balas berhubung dengan kes ini. Kepercayaan rakyat terhadap polis akan semakin merosot jika aduan-aduan rakyat tidak diberi perhatian serius. Kegiatan-kegiatan jenayah yang semakin meningkat akan dikaitkan dengan ketidak cekapan polis. PDRM harus memastikan imejnya tidak tercemar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan