Ahad, 23 Jun 2013

SPR Telah Mencemarkan Demokrasi Berparlimen

Adakah keputusan PRU13 boleh diterima oleh Rakyat? Adakah sistem pilihanraya di Malaysia masih lagi berada dalam landasan keadailan dan ketelusan?

Rakyat Malaysia sedar bahawa terlalu banyak penipuan telah berlaku dalam PRU13. Demokrasi Malaysia telah tergelincir apabila SPR telah berkomplot dengan BN untuk menipu seluruh rakyat Malaysia.

Setelah menipu dalam PRU13, BN masih berbangga menubuhkan kerajaan. Ini membuktikan golongan gila kuasa ini sanggup melakukan apa sahaja untuk terus kekal sebagai kerajaan walaupun dengan cara tipu muslihat.

Penipuan besar dalam pilihanraya membolehkan BN menjadi kerajaan tanpa mandaat yang sah daripada rakyat. Oleh yang demikian, Pengerusi & Timbalan Pengerusi SPR wajib letak jawatan kerana telah menderhaka kepada rakyat dan mencemarkan keunggulan demokrasi berparlimen.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan