Dalam pemilihan Yang Dipertua Dewan Negeri Perak, YB
Datuk SK Dewamany telah muncul sebagai pemenang dengan memperolehi 31 undi
sedangkan YB V.Sivakumar memperolehi 28 undi.Ini menunjukkan semua wakil rakyat
BN telah mengundi calon yang dicadangkan oleh BN. Begitu juga halnya dengan
semua wakil Rakyat PR telah mengundi Calon pilihan PR.
Walau bagaimanapun kemenangan YB Datuk SK Dewamany
bukanlah sesuatu yang boleh didabik dada oleh MIC. Kalau kita mengimbas kembali
peristiwa bersejarah yang berlaku pada tahun 2008, kita akan faham kenapa MIC
harus berterima kasih kepada Pakatan Rakyat. Sebelum itu jawatan Yang Dipertua
Dewan Undangan Negeri Perak adalah eksklusif untuk parti UMNO dan tidak
terlintas langsung dalam mimpi pemimpin-pemimpin MIC untuk mencalon wakil
mereka apatah lagi untuk menuntut jawatan itu.
Pada 24 April 2008, semasa Kerajaan Negeri Perak
dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat, YB V.Sivakamar telah dipilih sebagai Yang
Dipertua Dewan Undangan Negeri Perak, satu penghormatan/pengiktirafan yang amat
besar kepada orang-orang India di Negara ini.
Apabila pergelutan kuasa berlaku di Perak pada tahun
2009, jawatan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perak telah dirampas oleh BN
dengan cara yang kejam dengan mengusung keluar YB V.Sivakumar dari
Dewan.Peristiwa itu adalah permulaan titik hitam dalam sejarah Kerajaan Negeri
Perak. Satu perlantikan baru telah dibuat tanpa restu Dewan di mana YB Dato
R.Ganesan telah deberikan jawatan itu dengan cara yang tidak sah. Proses
pemilihan Yang Dipertua Dewan tidak dilakukan dengan tertib yang betul.Oleh
yang demikian YB Dato R.Ganesan bukanlah Yang Dipertua Dewan yang benar-benar
mendapat restu Dewan Undangan Negeri Perak yang mulia.
Walau bagaimanapun, itulah kali pertama jawatan
Speaker diberi kepada parti MIC. Ketika itu,seluruh masyarakat India mengetahui
dan sedar bahawa parti MIC adalah sebuah parti yang tidak mempunyai
prinsip.Pemimpin-pemimpin MIC membuktikan bahawa selama ini mereka sebuah parti
mempunyai ‘tulang belakang’. Luka dihati orang India masih berdarah
lagi.Orang-orang India sedar bahawa kalau bukan kerana parti Pakatan Rakyat,MIC
pasti tidak mempunyai peluang untuk menyandang jawatan Speaker DUN Perak.
Hari ini trend ini dikekalkan oleh BN Perak dengan
mencalonkan seorang pemimpin MIC, YB Datuk SK Dewamany sebagai calon Yang
Dipertua DUN Perak. Pada mulanya ada ura-ura bahawa UMNO akan merampas semula
kerusi Yang Dipertua DUN Perak daripada MIC. Nama beberapa calon UMNO juga
telah menjadi bisikan dikalangan orang-orang UMNO. Inilah yang menyebabkan
Presiden MIC G.Palanivel mengugut Menteri Besar Perak YB Dato Seri Zambry.
Walau bagaimanapun Zambry tidak mahu bertunduk kepada ugutan yang dubuat oleh
Presiden MIC yang lemah itu.Zambry juga telah mengeluarkan beberapa kenyataan
akbar yang keras dan kasar terhadap Presiden MIC. Zambry telah membuat
keputusan untuk melantik seorang ahli UMNO yang
dijanjikan jawatan Yang Dipertua itu.
Tetapi apakah yang menyebabkan beliau mengubah
keputusan pada saat akhir sehinggakan BN tidak membuat penamaan calon daripaa
kalangan pemimpin UMNO pada tarikh dan masa yang ditetapkan?
Pada 22/6/2013 lebih kurang 11.30pagi, PR telah
menyerahkan borang penamaan calon Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perak
yang siap di isi di Pejabat Setiausaha Dewan Negeri Perak. PR sekali lagi telah
menamakan YB V.Sivakumar sebagai calon untuk bertanding untuk jawatan Yang
Dipertua Dewan Undangan Negeri Perak. Apabila nama YB V Sivakumar dinaikan
sekali lagi oleh PR,maka masalah telah bertambah kusut dan pemimpin-pemimpin BN
telah menjadi kelam kabut. Dalam keadaan
terdesak Zambry terpaksa mengubah calon pilihannya. Beliau terpaksa tunduk
kepada tekanan MIC, yang cukup risau dengan kedudukannya di kaca mata
masyarakat India seluruh Negara. Sekali lagi, tindakan PR menakan YB
V.Sivakumar menyebabkan MIC dapat mengekalkan kerusi Speaker Yang Dipertua
Dewan itu. Oleh yang demikian MIC harus berterima kasih kepada PR yang memberi
ruang bernafas kepada parti itu yang sememangnya berada dalam keadaan
nyawa-nyawa ikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan