Isnin, 17 Jun 2013

Bantuan Kebajikan Ditelan Inflasi & Kos Kesihatan

Seorang lelaki yang menjadi ketua keluarga telah mengalami kemalangan jalan raya pada bulan Mac 2013. Beliau menetap di Desa Changka, Batu Gajah bersama ibu, isteri dan seorang anak kecil yang berumur 4 tahun. Setelah mendapat rawatan di hospital, beliau berada di rumah dalam keadaan ilat. Kemalangan jalan raya itu telah menghilangkan sumber pendapatan keluarganya. Beliau tidak mendapat apa-apa bantuan daripada orang yang melanggarnya.

Ibunya juga seorang yang uzur. Isterinya pula seorang suri rumahtangga yang tidak boleh bekerja kerana anaknya masih kecil lagi. Beliau telah berjaya memperolehi bantuan PERKESO sebanyak RM350 sebulan. Adakah jumlah ini cukup untuk menampung keluarganya? Dalam keadaan inflasi yang tinggi bersama-sama dengan tambahan kos perubatan, sudah pasti keluraga ini hidup melarat. Setelah membayar sewa rumah, bil elektrilk dan air, hanya RM200 baki untuk belanja makan dan sara hidup untuk 3 orang dewasa dan seorang budak kecil. Bolehkah keluarga ini terus hidup dalam keadaan kemiskinan yang melampau ini?

Kerajaan harus memberi perhatian yang serius dalam menyelesaikan masalah kemiskinan terutamanya bagi keluarga yang menghadapi tekanan kesihatan. Jika ketua keluarga yang mencari rezeki untuk keluarga itu menjadi uzur atau meninggal dunia, kerajaan harus menambahkan bantuan kebajikan bagi kes-kes seperti ini. Jumlah kebajikan yang diterima melalui JKM atau PERKESO adalah tidak memadai. Kerajaan perlu meningkatkan bantuan kebajikan kepada mereka yang amat memerlukan.

V.Sivakumar
Ahli Parlimen Batu Gajah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan