Isnin, 17 Jun 2013

Calon PKR Tapah Tidak Yakin Siasatan IPD Batu Gajah

Satu-satunya kes pembunuhan yang berlaku dalam tempoh kempen pilihanraya ialah di kawasan Parlimen Tapah. Murugan, pembantu keselamatan kepada calon PKR Parlimen Tapah Sdr Vasantha Kumar telah dibunuh. Jenayah itu berlaku pada 1 Mei 2013. Murugan telah hilang selepas satu ceramah di Taman Bidor. Laporan polis telak dibuat oleh adiknya pada 2 Mei 2013. Tetapi, Murugan tidak pulang sehingga 5 Mei 2013. Akhirnya mayat beliau terapung di sebuah lombong di kawasan Perindustrian Bemban, Batu Gajah pada hari pilihanraya.

Apa motif sebenar pembunuhan itu masih belum diketahui lagi. Walau bagaimanapun kes ini mungkin ada hubung kait dengan politik dan pilihanraya. Oleh kerana mayat Murugan dijumpai di Bemban, Batu Gajah, maka kes ini disiasat di IPD Batu Gajah. Setakat ini lebih 10 orang yang disyaki telah ditangkap dan direman oleh polis. Tetapi, semuanya telah dibebaskan kerana tidak mempunyai bukti yang kukuh.

Sdr Vasantha Kumar tidak puas hati dengan cara pengendalian kes ini oleh IPD Batu Gajah. Beliau merasakan penyiasatan oleh polis Batu Gajah adalah berat sebelah dan tidak kena pada tempat. Orang-orang beliau yang langsung tidak ada kena mengena dengan pembunuhan ini juga telah ditangkap dan direman oleh polis. Penyiasatan yang dibuat di IPD Batu Gajah seolah-olah ada percubaan untuk memesongkan kes ini. Oleh yang demikian, saya mahu fail kes pembunuhan ini dipindahkan ke Bukit Aman. Surat rasmi telah dihantar kepada Ketua Polis Negara supaya memindahkan kes ini dengan segera. Pembunuhan ini perlu dianggap sebagai kes profil tinggi kerana berlaku pada masa pilihanrya.

V.Sivakumar
Ahli Parlimen Batu Gajah

1 ulasan:

  1. polis jalankan siasatan..keputusan forensik punca kematian daripada doktor bukan polis..

    BalasPadam