Khamis, 27 Jun 2013

Muhyiddin Yassin - 'Pelajar India Yang Tidak Layak Diberi Matrikulasi'


Kenyataan YB V. Sivakumar, Ahli Parlimen Batu Gajah, 
pada 27 Jun 2013 di Dewan Rakyat


Menteri Pendidikan Kata Pelajar India Yang Tidak Layak Diberi Tempat Matrikulasi 


Timbalan Perdana Menteri yang juga merupakan Menteri Pendidikan sekali lagi telah mengeluarkan kata-kata yang berbau perkauman dengan menghina kaum India dalam Dewan Rakyat. Untuk menjawab soalan yang mudah, samada kerajaan benar-benar menawarkan 1500 tempat matrikulasi untuk pelajar-pelajar India, beliau berkata kerajaan telah menepati janji dengan memberikan 1500 tempat itu pada tahun 2012. Beliau menambah dengan mengatakan bahawa 1800 tempat matrikulasi diberikan kepada pelajar-pelajar India pada tahun 2013.

Dalam menjawab soalan itu, beliau juga telah menghina kaum India dengan mengatakan bahawa untuk memenuhi kuota yang dijanjikan, kementerian terpaksa memberi tempat kepada pelajar-pelajar india yang tidak layak (di mana tidak memenuhi syarat kelayakan minimum). Beliau berkata piawaian yang ditetapkan - syarat kelayakan minimum - terpaksa diturunkan untuk memberi ruang kepada pelajar-pelajar India yang tidak layak semata-mata untuk menepati janji yang telah diberikan kepada kaum india.

Ucapan Timbalan Perdana Menteri itu memang satu penghinaan kepada kaum India. Adakah benar bahawa pelajar-pelajar India yang kelayakannya lebih rendah daripada pelajar-pelajar lain diberi tempat matrikulasi pada tahun 2012 dan 2013? Tan Sri Muhyuddin Yassin telah mengeluarkan kata-kata yang menghina masyarakat India dan beliau terpaksa bertanggungjawab terhadap kenyataannya dengan mengeluarkan semua senarai nama pelajar-pelajar tanpa mengira kaum yang belajar di matrikulasi bersama-sama dengan keputusan peperiksaan yang digunakan untuk memohon tempat di matrikulasi sebagai perbandingan.

Akhirnya beliau juga harus mengeluarkan senarai penuh, nama dan nombor kad pengenalan pelajar India yang diberikan tempat di matrikulasi pada tahun 2012 dan 2013.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan